SWAFOTO SHAH RUKH & AAMIR KHAN BUAT NETIZEN MENGGILA
Dunia Bollywood kecoh waktu ini berikutan sekeping gambar yang viral membuatkan pencinta industri Bollywood menggila! Bayangkan, selepas 25 tahun bersaing secara sihat dalam industri perfileman Bollywood, lagenda Shah Rukh Khan dan Aamir Khan akhirnya bertemu dan berswafoto buat pertama kali dalam sejarah.
Sepanjang perjalanan karier Aamir dan Shah Rukh di dunia perfileman, sesungguhnya kedua-duanya bintang besar ini tidak pernah bekerja bersama, apatah lagi melihat mereka bergambar berdua. Ada gosip mengatakan mereka bergaduh namun swafoto ini ternyata menamatkan segala spekulasi!
Dan Sabtu lalu, Shahrukh membuat kejutan dengan memuat naik di akaun Instagramnya sekeping foto menunjukkan dia berswafoto bersama Aamir Khan, sekaligus menjadi bualan hangat pengikut di dunia maya selepas gambar itu mendapat perkongsian hebat dan 645,735 likes and counting!
“Kami mengenali antara satu sama lain selama 25 tahun dan inilah kali pertama kami berswafoto. Ia adalah satu malam yang indah,” jelas Shah Rukh menerusi kapsyen gambar yang dimuat naik dalam Instagramnya.
Dikhabarkan gambar terbabit diambil semasa mereka menghadiri majlis hari lahir usahawan, Ajay Bijli. Biarpun masing-masing sudah menjengah umur 51 tahun, Shah Rukh dan Aamir kelihatan tidak dimamah usia dan masih kacak seperti era ketika mereka mula-mula mencipta nama dulu. Yang pasti, ramai yang mengharapkan mereka dapat ‘disatukan’ dalam mana-mana filem mahupun projek akan datang! Ya, kami juga begitu!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 16 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
SAMSONITE PACU KELESTARIAN BERSAMA GAYA VERSATIL
Tingkatkan gaya kembara maskulin anda dengan Samsonite Myton dan Hi-Fi. Sertai Kempen Tukar Beli Bagasi 2026 demi kelestarian alam hari ini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.












