ACAPULCO SLIP-ON DARI ADIDAS KHAS UNTUK LELAKI BERKERJAYA
Selain terkenal dengan penjenamaan kasut sukan khas untuk atlet, Adidas tidak ketinggalan menghasilkan kasut-yang lebih kasual di mana lelaki khususnya boleh menyarungnya ke pejabat. Introducing Acapulco Slip-On yang terkini dari Adidas. Dengan konsep reka bentuk yang lebih santai namun masih mengekalkan ciri eksklusif dan identiti, kasut terbaru dari Adidas ini bakal cipta satu fenomena.
Khabarnya, model Acapulco Slip-On ini diambil melalui inspirasi dari model tahun 1988 dengan nama yang sama. Rekaannya dikemaskan lagi untuk model terbaru ini dan ia menggunakan kulit berkualiti tinggi, strap di bahagian tengah kasut dan logo Adidas ‘bunga’ menghiasi sisi tengah kasut ini.
Selain itu, Acapulco Slip-On ini juga adalah model untuk skateboarding yang memang diketahui kasut untuk sukan itu pastinya menawarkan keselasaan dan ringan untuk dipakai. Khabarnya, kasut ini akan akan berada di pasaran antarabangsa bulan Mac ini pada harga USD80 (lebih kurang RM360) dan masih belum diketahui jika ia boleh didapati di Malaysia atau tidak. Sama-sama kita tunggu dan lihat!
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 Februari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BARISAN BINTANG THAI YANG WAJIB ANDA KENALI SEKARANG
Kenali barisan pelakon lelaki Thai paling berpengaruh yang kini merajai pentas fesyen global. Ketahui ikon kegemaran jenama mewah di sini.
5 ITEM KOLABORASI PIALA DUNIA FIFA 2026 TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Teroka 5 item kolaborasi Piala Dunia FIFA 2026 terbaik pilihan GLAM Lelaki. Dari Loewe ke adidas, miliki gaya 'Blokecore' ini sekarang!
5 JENAMA KASUT LOKAL & ANTARABANGSA MENGUBAH SEMPADAN GAYA LELAKI KINI
Ketahui 5 jenama kasut penentu trend fesyen lelaki moden 2026. Sempurnakan padanan gaya urban dengan pilihan siluet berimpak tinggi.
5 SELEBRITI A-LIST PILIHAN DI BARIS HADAPAN PRADA SS27
Dari Pond Naravit hingga Jaafar Jackson, saksikan 5 gaya selebriti A-list terbaik di baris hadapan Prada Menswear.
MEN’S FASHION WEEK SS27: BARISAN DUTA GLOBAL & BINTANG KPOP YANG DIJANGKA MENGGEGARKAN ‘FRONT ROW’
Jelajahi jangkaan barisan duta global dan bintang K-Pop di pentas Menswear RTW SS27. Ikuti perkembangan trend terkini bersama GLAM LELAKI.
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.













