TAHNIAH! RAYSHA RIZROSE & NABIL JEFFRI TIMANG PUTERI SULUNG
Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, kehidupan Raysha Rizrose dan Nabil Jeffri diserikan dengan kehadiran anak pertama.
Puteri mereka yang diberi nama Raiya Nadine dilahirkan pada Jumaat lalu, tanggal 27 Disember 2024 sekitar jam 5.24 petang. Khabar gembira itu dikongsikan kakak Raysha, Nelydia Senrose di Instagram Story pada hari Ahad.
“Adik yang selalu mengekor ke mana-mana dan selalu bergaduh dengan saya kini sudah pun memiliki anak sendiri. Betapa indahnya dapat mengakhiri tahun ini dengan kehadiran ahli keluarga baru. Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat yang diberi,” tulisnya.
Nabil Jeffri Saksi Perjuangan Raysha Rizrose
Dalam satu hantaran di Instagram, Nabil berkongsi pengalaman yang dilaluinya dan berkata kelahiran Raiya adalah detik paling beremosi dalam hidupnya.
“Tempoh 24 jam yang dipenuhi emosi luar biasa, dari detik air ketuban Raysha pecah dua minggu sebelum tarikh jangkaan bersalin sehingga saat anak kami dilahirkan dan Raysha selamat sepenuhnya.
“Semuanya berlaku dengan sangat cepat, namun tempoh 24 jam itu terasa sangat panjang. Saya tidak pernah mengalami detik yang sangat beremosi seperti ini dalam hidup saya,” tulisnya.
Bekas pelumba kereta tanah air itu menambah, air matanya tidak berhenti mengalir melihat Raysha bertarung nyawa melahirkan anak mereka.
“Dari melihat kesakitan dan perjuangan isteri saya, sehingga mendengar tangisan pertama anak kami dan kata-kata doktor yang memaklumkan, ‘Alhamdulillah, anak kamu selamat dan sihat.’
“Hilang 1,001 emosi saya, dan apa yang saya rasakan adalah air mata yang tidak berhenti mengalir. Syukur atas segala doa dan ucapan yang baik, kami amat tersentuh dan berterima kasih,” tulisnya.
Raysha dan Nabil disatukan sebagai suami isteri pada 22 Februari 2023 selepas dua bulan mengikat tali pertunangan. Perkenalan mereka bermula di Twitter lebih 10 tahun lalu ketika aktres itu masih menuntut di sekolah menengah.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: NABILA RAZALI & SYASYA RIZAL DIKURNIA CAHAYA MATA SULUNG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
NABIL JEFFRI & RAYSHA RIZROSE DISATUKAN SEBAGAI SUAMI ISTERI
Dua bulan mengikat tali pertunangan, pelumba kereta F2, Nabil Jeffri selamat bergelar suami kepada pelakon jelita Raysha Rizrose dengan sekali lafaz.