SELEBRITI THAILAND SEBAGAI DUTA JENAMA TAHUN 2024
Memilih duta jenama yang terbaik dan sesuai dengan jenama tertentu mencerminkan kepelbagaian serta daya tarikan terhadap jenama berkenaan.
Tahun 2024 tidak dinafikan lagi menjadi tahun besar untuk industri fesyen Asia. Selebriti-selebriti Asia seperti selebriti Korea Selatan, Jepun dan Thailand antara yang telah dilantik sebagai duta jenama mewah. Mewakili Asia Tenggara, selebriti Thailand adalah antara yang paling banyak dilantik menjadi duta pada tahun ini. Dengan impak mereka dalam dunia hiburan dan fesyen, jenama-jenama mewah tidak melepaskan peluang mereka untuk menjadikan selebriti ini sebagai duta mereka. Dengan bakat, personaliti yang memikat, dan pengaruh besar di media sosial, mereka menjadi pilihan utama jenama global untuk memperkukuhkan imej mereka.
Fenomena ini menunjukkan peningkatan pengiktirafan terhadap industri hiburan Thailand, yang kini menjadi salah satu pusat budaya pop yang paling berpengaruh di Asia. Sama ada dalam bidang fesyen, kecantikan, atau gaya hidup, personaliti seperti Tay Tawan dan Lisa BLACKPINK terus memukau peminat global dengan karisma mereka. Pelantikan ini bukan sahaja memberi impak kepada kerjaya mereka, tetapi juga meletakkan budaya dan industri kreatif Thailand di pentas dunia. GLAM Lelaki akan senaraikan beberapa nama bintang Thailand yang sedang meningkat. Mereka ialah individu yang telah dilantik sebagai duta jenama pada tahun 2024.
#1 Gulf Kanawut – GUCCI

#2 Tay Tawan – Loewe

#3 LISA, BamBam – Louis Vuitton


#4 PP Krit – Balenciaga
#5 Jeff Satur – Valentino

#6 Phuwin Tangsakyuen, Gemini Norawit, Pond Naravit, Fourth Nattawat – Tommy Hilfiger

#7 Mew Suppasit – Mont Blanc

#8 Toey Jarin – Prada

Pautan Berkaitan: 10 SELEBRITI LELAKI ASIA YANG MENJADI DUTA JENAMA MEWAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DESTINASI BAHARU BAYU SOMERSET, KINI DI MERDEKA 118
Bayu Somerset kini dibuka di 118 Mall, Merdeka 118 sejak 1 November 2026. Terokai destinasi gaya hidup baharu di Kuala Lumpur.
KLCC GETS A NEW WAVE! OMBAK KLCC TARIK PERHATIAN
Ombak KLCC hadir sebagai destinasi gaya hidup di Kuala Lumpur, menggabungkan seni bina unik, seni, budaya dan pengalaman membeli-belah moden.
GAME, SET, STYLE! BOSS X AUSTRALIAN OPEN BAWA GAYA TENIS KE KUALA LUMPUR
Daripada gelanggang tenis ke pentas fesyen, BOSS menggabungkan elemen sukan dan gaya menerusi pelancaran koleksi BOSS x Australian Open.
G-SHOCK GMC-2500 DAN GAC-2500 MEMBAWA FUNGSI G-SHOCK KEDALAM REKA BENTUK ANALOG
Casio mengumumkan tambahan terbaharu kepada barisan jam tangan tahan lasak, G-SHOCK, dengan GMC-2500 dan GAC-2500.
GLAM LELAKI APRIL 2026: 5 UNDER 25
Untuk April 2025, GLAM Lelaki sajikan 5 Under 25, individu muda yang menonjol dalam bidang masing-masing, dan mempunyai pencapaian hebat.
KOLABORASI PERIBADI RADO DAN TAN JIANCI
Rado memperkenalkan jam tangan Edisi Terhad terbaharu yang dihasilkan melalui kerjasama dengan Duta Jenama Global, Tan Jianci.












