TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET
Tiada angin tiada ribut, Sean Lee mengumumkan dia telah pun selamat disatukan dengan model, pempengaruh dan usahawan, Bay Doucet.
Sean membuat kejutan dengan berkongsi berita gembira itu bersama rakan artis dan peminatnya menerusi satu hantaran di Instagram pada 7 Julai 2024.
Pelakon dan pengacara itu memuat naik dua foto pra-perkahwinannya dengan kapsyen ringkas, “Yes & amen”. Foto tersebut memaparkan aksi romantis mereka dalam versi hitam putih.
Tidak lama kemudian, dia berkongsi pula foto perkahwinan yang memperlihatkan dirinya dan isteri menyarung persalinan putih. “Too cute to gatekeep,” tulis Sean sekali gus mendedahkan status terbarunya.
Pada sebelah malam, pasangan pengantin baru diraikan dalam satu majlis resepsi serba putih yang turut dihadiri rakan artis, Janna Nick dan Dini Schatzmann.
Sean Lee Ulas Isu Perkahwinan
Januari lalu, pemilik nama Sean Lee Jia Ern ini mengakui dia sudah pun mempunyai perancangan untuk menamatkan zaman bujang.
“Saya ada perancangan hendak kahwin. Dari muda memang hendak kahwin awal, tapi kena lihat dulu. Kalau ada rezeki dan semuanya berjalan lancar, saya akan teruskan.
“Tak tahu lagi sama ada tahun ini atau tidak, kena lihat dulu sebab banyak perkara berlaku dalam hidup saya ketika ini. Jadi saya perlu mengatur semuanya,” katanya menurut Berita Harian.
Apabila ditanya bilakah dia akan mendirikan rumah tangga, aktor Cinta Buat Dara itu berkata dia menyerahkan segala aturan hidupnya kepada Tuhan.
“Itu bukan dalam kawalan saya dan terserahlah kepada Tuhan untuk putuskan apa yang sepatutnya dalam hidup saya. Saya cuma mahu buat yang terbaik untuk hidup, jaga kesihatan dan menikmati kehidupan tenang,” katanya.
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: TAHNIAH! HEFNY SAHAD SELAMAT DISATUKAN DENGAN WANITA PILIHAN HATI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENGAKHIRAN MAHLIGAI PERKAHWINAN FARID KAMIL & DIANA DANIELLE
Kemelut rumah tangga pasangan terkenal, Farid Kamil dan Diana Danielle akhirnya menemui titik noktah.
TAKZIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH KEHILANGAN PUTERA TERCINTA
Enam bulan lalu kehidupan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah diserikan lagi dengan kehadiran anak ketujuh. Dan semalam, cahaya mata bongsu mereka telah pun menghadap Ilahi.
LAPAN SELEBRITI BERBANGSA CINA YANG BERGIAT AKTIF DALAM DRAMA MELAYU
GLAM Lelaki senaraikan lapan selebriti berbangsa Cina yang berjaya mencipta nama dan pelbagai kejayaan di bidang hiburan tempatan.
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2024
Perceraian selebriti bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja di Hollywood, tetapi juga dalam industri hiburan tempatan.
“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL
Tiada angin tiada ribut, aktres dan penyanyi Diana Danielle meluahkan hasrat mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil buat kali kedua.
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA
Lima tahun hidup solo setelah bercerai, Keith Foo akhirnya menemui insan istimewa yang kini bertakhta di hatinya.