Skip to content

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH

Kongsikan artikel ini

Pasangan popular, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah baru saja menerima kehadiran orang baru dalam keluarga besar mereka.

Cahaya mata ketujuh mereka dilahirkan pada 2 Ogos di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan. Khabar gembira itu dikongsi Zaquan menerusi satu hantaran di Instagram Story.

“Alhamdulillah, isteri saya selamat melahirkan bayi lelaki (2.37kg) pada pukul 12.57 tengah hari. Welcome to the world my boy,” tulisnya.

Pada masa sama, Zaquan turut berkongsi keadaan isteri dan anaknya ketika itu. Malah dia memaklumkan akan melaksanakan sendiri tanggungjawabnya mengurus uri.

Ayu Raudhah bersalin anak ketujuh

Foto: Instagram

“Ayu sedang berehat, Alhamdulillah semua okey. Saya suruh dia tidur dulu kerana saya nak balik rumah uruskan uri, cuci bersih dan tanam.

“Kepada suami di luar sana, pastikan kalau boleh biarlah kita yang uruskan kerja-kerja mencuci dan menanam uri anak-anak,” katanya.

Ayu Raudhah Umum Kehamilan

Berita kehamilan Ayu tidak diketahui ramai sehinggalah ia didedahkan dua kakaknya, Rozita Che Wan atau Che Ta dan Datin Jaja di TikTok pempengaruh Rosix Omar pada Mei lalu.

“Asal raya saja mengandung, asal mengandung saja raya. Dia nak masuk tujuh anak dah,” usik Che Ta. Isteri kepada pemain bola sepak terkenal itu mengesahkan perkara tersebut menerusi satu wawancara bersama portal OhBulan!.

“Alhamdulillah ya betul, saya sedang hamil anak ketujuh. Segan sebenarnya nak bercerita panjang, yalah anak ketujuh kan. Sekarang dah masuk tujuh bulan.

“Perut pun dah besar, tak boleh nak sorok. Siapa perasan tu, mereka perasanlah. Minta semua doakan yang baik-baik ya. Kepada peminat yang sentiasa ingat saya tu, saya ucap terima kasih banyak-banyak,” katanya.

ZAQUAN ADHA AYU RAUDHAH

Foto: Instagram

Ayu dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan enam cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 11, Muhammad Aisy Aryann, 10, Laura Zuleykha, 7, Muhammad Aisy Khaliq, 5, Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan cahaya mata keenam yang kini berusia setahun.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: “ANUGERAH TERBESAR DARIPADA ALLAH” – MK K-CLIQUE KINI BERGELAR BAPA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

JUSTIN BIEBER SAMBUNG TRADISI KELUARGA MENERUSI NAMA ANAK SULUNG

Bacaan Lanjut
KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

KEBENARAN MENGENAI HUBUNGAN CHRIS MARTIN & DAKOTA JOHNSON

Bacaan Lanjut
HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

HADIR BERSAMA KE TAYANGAN DEADPOOL & WOLVERINE, HUGH JACKMAN DAN GIGI HADID DILAMUN CINTA?

Bacaan Lanjut
BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

BURUJ CETUS ILHAM NAMA ANAK KEDUA RAJA SYAHIRAN & UYAINA ARSHAD

Bacaan Lanjut
“SAYA TERASA SANGAT TUA” - ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

“SAYA TERASA SANGAT TUA” – ROBERT PATTINSON KONGSI PENGALAMAN MENJADI BAPA

Bacaan Lanjut
REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

REDZA ROSLI PILIH BELLA HANNA SEBAGAI SURI HATI

Bacaan Lanjut