TAKZIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH KEHILANGAN PUTERA TERCINTA
Enam bulan lalu kehidupan Zaquan Adha dan Ayu Raudhah diserikan dengan kehadiran anak ketujuh. Dan semalam, cahaya mata bongsu mereka telah pun menghadap Ilahi.
Khabar duka pemergian putera mereka dikongsikan sendiri oleh Zaquan menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram Story.
“Salam semua, anak bongsu kami Muhammad Aisy Al Rees telah kembali kepada penciptanya sebentar tadi. Doakan saya dan isteri kuat dengan dugaan ini,” tulisnya.

Foto: Sinar Harian
Putera pasangan itu dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja’afar, Seremban selepas tidak sedarkan diri sekitar jam 1 petang pada tanggal 11 Februari. Selepas kematian disahkan, proses bedah siasat dilakukan pada jam 10.30 malam di Hospital Rembau.
Sokongan Keluarga Buat Zaquan Adha dan Ayu Raudhah
Perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Rembau diselubungi kesuraman sebaik saja ahli keluarga dan rakan terdekat tiba untuk memberi sokongan.
Antara yang hadir adalah bekas pemain bola sepak kebangsaan, Safee Sali juga ahli keluarga termasuk Rozita Che Wan dan suaminya Zain Saidin.

Foto: Kosmo
Menurut Rozita atau Che Ta, Pemergian Aisy amat memberi kesan kepada seluruh ahli keluarga kerana hubungan mereka terlalu akrab.
“Aisy Al Rees meninggal dunia dalam tidur, bila lihat arwah sudah tak sedar, Ayu segera hubungi ambulans.
“Memang kami terasa dengan pemergiannya kerana Aisy bayi yang sangat baik. Boleh dikatakan setiap minggu mereka datang bermalam di rumah, jadi anak-anak saudara memang rapat dengan saya,” katanya.
Menurut laporan Kosmo, mayat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said di Seremban sekitar jam 10 pagi pada 12 Februari.
Cahaya mata bongsu Zaquan dan Ayu dilahirkan pada 2 Ogos 2024 di sebuah pusat perubatan di Negeri Sembilan. Mereka memilik enam lagi cahaya mata iaitu Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan anak keenam yang berusia dua tahun.

Foto: Instagram
Foto: Instagram
Pautan berkaitan: TAHNIAH! ZAQUAN ADHA & AYU RAUDHAH DIKURNIA ANAK KETUJUH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PERCERAIAN MENGEJUTKAN ARTIS MALAYSIA SEPANJANG TAHUN 2024
Perceraian selebriti bagaikan trend beberapa tahun kebelakangan ini bukan sahaja di Hollywood, tetapi juga dalam industri hiburan tempatan.
“JANGAN PUJUK” – DIANA DANIELLE NEKAD FAILKAN PERCERAIAN TERHADAP FARID KAMIL
Tiada angin tiada ribut, aktres dan penyanyi Diana Danielle meluahkan hasrat mahu bercerai dengan suaminya, Farid Kamil buat kali kedua.
TAHNIAH! SEAN LEE KINI SUAMI KEPADA MODEL BAY DOUCET
Tiada angin tiada ribut, Sean Lee mengumumkan dia telah pun selamat disatukan dengan model, pempengaruh dan usahawan Bay Doucet.
KEITH FOO KEMBALI DIULIT BAHAGIA
Lima tahun hidup solo setelah bercerai, Keith Foo akhirnya menemui insan istimewa yang kini bertakhta di hatinya.
TAHNIAH! AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON TIMANG ANAK KEDUA
Puteri sulung mereka yang diberi nama Inara Raisa dilahirkan pada pukul 8.58 malam di sebuah pusat perubatan di Perth, Australia.
AIMAN HAKIM RIDZA & ZAHIRAH MACWILSON BAKAL TIMANG ANAK PEREMPUAN
Pasangan merpati dua sejoli itu memuat naik sebuah video acara gender reveal yang diadakan di kediaman mereka semalam.