Skip to content

TAMAT LATIHAN KETENTERAAN, LEE JONG SUK & PARK HYUNG SIK KEMBALI BERLAKON

Kongsikan artikel ini

Lebih setahun menyepi dari dunia lakonan, saat yang ditunggu-tunggu peminat akhirnya tiba. Lee Jong Suk dan Park Hyung Sik akhirnya tamat menyertai latihan ketenteraan!

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Lee Jong Suk pada 2 Januari lalu. Dia memuat naik foto hitam putih dirinya dalam pakaian kasual di Instagram dengan kapsyen, “Saya sudah kembali.”

 

K-dramas to watch for fans of Lee Jong-suk - Entertainment - The Jakarta Post

 

Pelakon siri Pinocchio itu memulakan latihan ketenteraan pada Mac 2019. Disebabkan kecederaan kaki yang dialaminya semasa remaja, dia hanya diberi tugas ringan di bahagian pentadbiran pejabat.

Menurut perkongsian di Instagram, Jong Suk menyatakan kerinduannya untuk kembali berlakon. Dan nampaknya dia sendiri serta peminat tidak perlu menunggu lama, kerana dalam masa terdekat dia akan kembali ke set penggambaran filem terbitan Netflix berjudul The Witch: Part 2.

 

park hyung sik

 

Kepulangan Park Hyung Sik pula disambut hangat oleh peminat di Twitter dengan tanda pagar #WelcomeBackParkHyungsik. Pelakon Strong Girl Bong-soon ini mula menyertai latihan ketenteraan pada Jun 2019 dan ditugaskan di bahagian Capital Defense Command sebagai pegawai polis tentera.

Peminat nampaknya sudah tidak sabar untuk melihat kemunculannya di kaca televisyen. Tulis seorang peminat di Twitter, “Selepas 575 hari, Park Hyung Sik akhirnya tamat latihan ketenteraan secara rasmi hari ini! Selamat kembali! Kami sangat teruja dan tak sabar menunggu projek terbaru anda.”

Ya, walaupun baru tiga hari keluar, dia sudah pun menerima pelbagai tawaran untuk filem dan drama, dan kini sedang sibuk membuat pemilihan untuk projek terbarunya.

 

Foto: Koreaboo.com/Soompi.com

 

Pautan berkaitan: TOM HANKS DEDAH IMEJ TERBARU UNTUK FILEM BIOPIK, ELVIS PRESLEY

 

 

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ALPHA

ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

EYKA FARHANA & AKHYAR RASHID KONGSI DETIK KELAHIRAN MUHAMMAD LUAY KHAYR

Bacaan Lanjut
DIOR CRUISE 2027 IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

DIOR CRUISE 2027, IMPIAN SINEMATIK JONATHAN ANDERSON DI WILSHIRE BOULEVARD

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut