Skip to content

TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP

TANDA SOKONGAN ROBERT DOWNEY JR BUAT JOHNNY DEPP

Kongsikan artikel ini

Ikatan persahabatan yang terjalin antara dua aktor terkenal, Robert Downey Jr dan Johnny Depp tidak perlu diperhebahkan lagi.

Kala Johnny berdepan ujian terhebat dalam hidupnya setelah dituduh melakukan keganasan terhadap bekas isteri Amber Heard, Robert antara rakan artis yang berdiri teguh di belakangnya.

Kini bintang Iron Man itu sekali lagi menunjukkan tanda sokongan pada kerjaya baru Johnny dengan menghadiri pameran seni sulungnya bertajuk A Bunch of Stuff di New York.

Walaupun tidak dapat hadir pada acara pratonton VIP kerana komitmen kerja, Robert membuat kemunculan solo pada keesokan harinya untuk lawatan peribadi.

Malah aktor Oppenheimer itu sempat meninggalkan nota sentimental untuk menunjukkan rasa kagum dan bangganya terhadap pencapaian Johnny. “X your peer in awe!!! xxx,” tulisnya.

Johnny Depp

Foto: People

A Bunch of Stuff menampilkan karya seni aktor Pirates of the Caribbean itu yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Tidak ketinggalan artifak peribadi dan efemera dari studionya sendiri.

Pengunjung yang hadir akan disajikan dengan pameran multimedia yang menampilkan bilik imersif berskala besar termasuk ruang galeri bertema. Ia akan membawa pengunjung ke beberapa fasa berbeza dalam perjalanan hidup dan seni Johnny yang diperkaya dengan naratifnya sendiri.

Johnny Depp & Robert Downey Saling Memberi Sokongan

Persahabatan sejati tidak hanya bertepuk sebelah tangan, kedua-dua pihak harus menjadi tulang belakang satu sama lain. Begitulah ikatan antara dua aktor ini.

Beberapa hari sebelum pelancaran pamerannya, Johnny menghadiri persembahan teater McNeal yang dibintangi Rebert di Vivian Beaumont Theater. Ini menandakan kemunculan sulung Robert di pentas teater.

Johnny berkongsi keterujaannya di Instagram sekali gus memuji persembahan hebat Robert dan barisan pelakon lain.

Robert Downey Jr

Foto: X

“Rasa amat bertuah kerana dapat menyaksikan persembahan rakan baik saya yang luar biasa, Bob Downey dan barisan pelakon hebat McNeal malam tadi. Cemerlang! Pergi tonton jika anda berkelapangan,” tulisnya.

Selain Johnny, rakan selebriti yang turut hadir ke menonton pementasan itu termasuk Jason Bateman, Justin Theroux, Will Arnett, Paul Rudd dan Matt Damon.

 

Foto: Reddit

Pautan berkaitan: JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

5 AKTOR HOLLYWOOD YANG KELIHATAN KACAK BERAMBUT PANJANG

Bacaan Lanjut
JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI

JOHNNY DEPP PAMER EFEMERA & ARTIFAK PERIBADI DI PAMERAN SENI

Bacaan Lanjut
ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

ROBERT DOWNEY JR ‘DIHIDUPKAN SEMULA’ SEBAGAI PENJAHAT IKONIK DOCTOR DOOM

Bacaan Lanjut
HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

HATI JOHNNY DEPP KINI MILIK MODEL RUSIA BERUSIA 28 TAHUN

Bacaan Lanjut
10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

10 CALON OSCAR 2024 & FILEM TERBURUK YANG PERNAH MEREKA BINTANGI

Bacaan Lanjut

MOMEN FESYEN BINTANG HOLLYWOOD DI GOLDEN GLOBES 2024

Bacaan Lanjut