THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA SKY ISKANDAR
Temu bual, BATRISYIA FAISAL, Teks, SHAKIF MD NOOR
Sky Iskandar bukan sekadar wajah di skrin; dia juga seorang model dan artis yang mengekspresikan diri melalui pelbagai medium. Dengan semangat kerja yang tinggi dan jiwa kreatif, Sky terus menginspirasi mereka yang menghargai seni dan gaya hidup kreatif. Sky bakal muncul dalam beberapa filem baharu, antaranya The Fox King.

Jaket, kemeja & seluar, Levi’s® Blue Tab™
BILAKAH SKY RASA PALING BERADA DALAM ELEMEN SENDIRI? Masa bekerja atau masa bersendirian?
Saya rasa paling dalam elemen sendiri apabila sedang bekerja, sama ada berlakon, menjadi model, atau melukis. Apabila saya menumpukan perhatian pada sesuatu yang saya minati, saya benar-benar hanyut dalam dunia itu. Ia menjadi ruang di mana saya boleh menjadi diri sendiri tanpa gangguan, dan setiap proses kreatif membawa rasa tenang yang sukar digambarkan dengan kata-kata.
Bagaimanakah personaliti sebenar Sky?
Saya rasa agak berbeza. Mungkin ada sebahagian daripada diri saya yang dibawa ke tempat kerja, tetapi secara keseluruhan, Sky di set penggambaran dan Sky dalam kehidupan sebenar memang dua sisi yang berbeza. Di tempat kerja, saya lebih fokus dan introspektif, cuba memahami karakter dan situasi dengan mendalam. Namun di luar kerja, saya lebih santai, spontan, dan banyak ketawa.
Kalau diberi peluang untuk bekerjasama dengan sesiapa pun (hidup atau telah tiada), siapa pilihan Sky?
Kalau diberi peluang, saya ingin bekerjasama dengan mana-mana pengarah, asalkan projek itu berada di bawah label A24. Saya memang tertarik dengan cara mereka bercerita. Sinematografi yang unik dan emosi yang sangat raw. Tidak kisah siapa pengarahnya, yang penting saya berpeluang menjadi sebahagian daripada projek yang berani dan penuh keberanian seperti itu.
Apakah benda yang sedang anda obses dengan sekarang, misalnya lagu, trend, atau hobi baru?
Pertama sekali, saya memang sentiasa obses dengan Nia, haha. Tapi buat masa ini, saya tengah benar-benar obses dengan sebuah band dari Indonesia bernama Perunggu. Mereka membawa genre rock alternatif yang segar dan penuh emosi. Dua lagu yang paling saya gemari ialah “33x” dan “Biang Lara”. Kedua-dua lagu ini mempunyai sesuatu yang sangat real dan dekat dengan jiwa saya.
Apa satu nasihat yang selalu anda pegang bila rasa hilang arah?
Banyak sebenarnya, tapi kalau saya boleh kongsi satu, setiap kali rasa hilang semangat, saya akan keluar dan luangkan masa dengan kawan-kawan. Saya belanja mereka makan, dan secara tidak langsung, hati saya jadi lebih ringan. Kadang-kadang, kita tak perlu pun berbual tentang masalah; cukup sekadar berada dalam suasana yang positif. Saya percaya, energi baik daripada orang sekeliling mampu mengubah cara kita melihat kehidupan.
Artikel berkaitan: DARI ‘LUAR BIASA’ KE ‘SABAR’: 5 LAGU IKONIK ISMAIL IZZANI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA FAZZIQ MUQRIS
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Fazziq Muqris antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2025 MEN IN CINEMA: SKY ISKANDAR
GLAM Lelaki bawakan pelakon yang sedang meningkat naik, Sky Iskandar sebagai salah seorang Men In Cinema buat isu cetakkan September 2025.
7 FILEM & SIRI TENTANG DEPRESI REMAJA DAN PEMBULIAN YANG WAJAR DITONTON
Ketahui 7 karya penting yang menyentuh isu depresi remaja dan pembulian. Kesemuanya mempunyai jalan cerita yang penuh emosi, realistik, dan membuka mata.
MASYADI MANSOOR ‘REDEFINED’ MAKNA FESYEN STREETWEAR MALAYSIA
Masyadi Mansoor 'redefined' fesyen streetwear Malaysia dengan rekaan avant-garde, menggabungkan seni, budaya dan jiwa moden di pentas global.
LEVI’S® & TOY STORY: RAI 30 TAHUN, SATU KOLEKSI PENUH NOSTALGIA
Sempena ulang tahun ke-30 Toy Story,Levi’s®, berkolaborasi dengan Disney dan Pixar untuk melancarkan koleksi edisi terhad Levi’s® x Toy Story.











