TIME NOBAT TAN SRI MICHELLE YEOH SEBAGAI ICON OF THE YEAR
Sumbangan hebat Tan Sri Michelle Yeoh kepada industri hiburan diiktiraf apabila diumumkan sebagai Icon Of The Year atau Ikon 2022 oleh majalah terkemuka Time.
Menerusi satu hantaran di Instagram semalam, Time berkongsi khabar gembira itu bersama 11.8 juta pengikutnya sekali gus menyenaraikan pencapaian yang diraih Michelle di pentas antarabangsa sejak lebih tiga dekad lalu.
“Yeoh telah menjadi bintang berpengaruh di Asia sejak berdekad lamanya – dia adalah ‘kuasa besar’ dalam era kegemilangan filem aksi Hong Kong, barisan filem terbaik, dan dikagumi atas keberaniannya melakukan aksi lagak ngeri.
“Dia membuat penampilan pertama di Hollywood dalam filem James Bond berjudul Tomorrow Never Dies pada 1997. Kejayaan itu disusuli dengan peranan dalam filem hebat lain termasuk Crouching Tiger Hidden Dragon, Crazy Rich Asians dan Shang-Chi and the Legend of the Ten Rings.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PELAKON HAMPIR MAUT KETIKA MENJALANI PENGGAMBARAN
Ada kalanya sebagai pelakon, muncul di set penggambaran diibaratkan seperti meletakkan nyawa di hujung tanduk.
MICHELLE YEOH BAKAL TERAJUI SIRI BLADE RUNNER 2099
Siri itu merupakan sekuel kepada Blade Runner asal dari tahun 1982 dan filem seterusnya, Blade Runner 2049 (2017).
MICHELLE YEOH DIANUGERAHKAN PINGAT KEBEBASAN PRESIDEN AS
Michelle Yeoh menerima pingat itu atas kejayaannya sebagai warga Asia pertama memenangi trofi Pelakon Wanita Terbaik pada Oscar 2023.
MICHELLE YEOH BAKAL DIKURNIA PINGAT TERTINGGI OLEH PRESIDEN JOE BIDEN
Tan Sri Michelle Yeoh bakal menyertai senarai penerima Pingat Kebebasan Presiden tersohor dunia termasuk Mother Teresa, John F Kennedy, Bill Clinton dan Stephen Hawking.
AARON TAYLOR-JOHNSON BAKAL TERAJUI FILEM JAMES BOND TERBAHARU?
Sekian lama mencari dan berteka-teki, penyandang watak Ejen 007 akhirnya berjaya ditemui.
15 RANCANGAN ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JANUARI 2024
Dari siri “The Brothers Sun” lakonan Tan Sri Michelle Yeoh kepada filem “Foe” lakonan Paul Mescal dan Saoirse Ronan, laman penstriman utama membariskan 15 rancangan yang ‘must watch’ sepanjang Januari 2024.