Skip to content

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

Kongsikan artikel ini

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedinya seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular – termasuk hartanah.

GL senaraikan beberapa kediaman yang pernah didiami dan dimiliki aktres ini.

1 of 6

DARI RUMAH ANAK YATIM KE STUDIO DI SHERMAN OAKS

Marilyn Monroe yang berasal dari Los Angeles menghabiskan zaman kanak-kanaknya dari satu rumah anak ke yatim ke pusat jagaan anak angkat yang lain. Ini kerana ibunya, Gladys menghidap masalah kesihatan dan tidak berupaya untuk menjaganya. Gaya hidup berpindah-randah ini menjadi rutin buat aktres itu sepanjang hayatnya. Mendirikan rumah tangga pada 1942 ketika berusia 16 tahun, dia tinggal bersama suami pertamanya, James Dougherty di flat studio di Sherman Oaks, California. Dia kemudiannya menetap bersama keluarga mentua di Van Nuys sewaktu suaminya berkhidmat dalam Perang Dunia Kedua. Setelah popularitinya meningkat, dia memintai cerai dan mula hidup berdikari.

Kediaman mentua Marilyn Monroe di Van Nuys. Ia dirobohkan pada tahun 2015.

1 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut