Skip to content

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

Kongsikan artikel ini

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedinya seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular - termasuk hartanah.

GL senaraikan beberapa kediaman yang pernah didiami dan dimiliki aktres ini.

4 of 6

RUMAH TASIK DI NEW YORK

Perkahwinan dengan penulis drama Arthur Miller pada tahun 1956 membawa Marilyn Monroe ke New York. Di sana, pasangan itu berkahwin di Westchester County Court diikuti dengan upacara Yahudi di sebuah rumah tasik dengan gaya Desa Perancis. Ia terletak di seberang padang golf Waccabuc Country Club. Besi tempa, pintu Perancis, gerbang pintu melengkung dan pendiang Eropah memberi daya tarikan kisah dongeng lama pada rumah agam seluas 4,300 kaki persegi itu. Ia disenaraikan untuk jualan enam tahun lalu pada harga RM7.61 juta. Pasangan itu membahagikan masa antara emper di Manhataan dan hartanah di Connecticut sepanjang lima tahun perkahwinan mereka yang penuh pancaroba.

rumah Marilyn Monroe

rumah Marilyn Monroe

Foto: Top Ten Real Estate Deals

4 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut