Skip to content

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

TINJAU BEBERAPA KEDIAMAN MARILYN MONROE YANG KINI BERNILAI JUTAAN RINGGIT

Kongsikan artikel ini

Tanggal 1 Jun 2023 menandakan ulang tahun kelahiran ke-97 Marilyn Monroe, jika dia ditakdirkan masih hidup hari ini.

Masih digelar simbol seks, Marilyn Monroe bermula sebagai model gambar tempel atau pin-up sebelum mengembangkan bakatnya ke layar perak. Terkenal dengan komedinya seperti dalam filem Gentlemen Prefer Blondes (1953), dia merupakan salah seorang bintang 20th Century Fox yang paling mendatangkan keuntungan. Aktres itu menjadi tumpuan dalam jilid pertama majalah Playboy malah dikhabarkan menjalin hubungan sulit dengan Presiden John F. Kennedy. Sebelum maut akibat pengambilan dos barbiturat berlebihan ketika berusia 36 tahun pada 1962, Marilyn Monroe meninggalkan banyak kesan pada budaya popular - termasuk hartanah.

GL senaraikan beberapa kediaman yang pernah didiami dan dimiliki aktres ini.

6 of 6

RUMAH AGAM GAYA MEDITERRANEAN DI LOS ANGELES

Selepas perceraian ketiga pada 1961, Marilyn Monroe membeli sebuah kediaman gaya Mediterranean di kejiranan Brentwood, Los Angeles berharga RM346,000. Walaupun hidup berpindah-randah, ini merupakan satu-satunya hartanah yang dibelinya sendiri. Dibina pada tahun 1929, rumah seluas 2,100 kaki persegi itu dihiasi dengan rumput-rumput hijau, bunga-bungaan dan pokok sitrus. Disenaraikan pada harga RM31.9 juta tahun lalu, ia terletak di atas setengah ekar hartanah utama California Selatan dan menawarkan empat bilik tidur, pendiang berjubin Mexico dan kolam renang yang luas. Pada Ogos 1962, selepas empat bulan mendiami rumah itu, Marilyn Monroe ditemui tidak bernyawa dalam keadaan telangkup tanpa pakaian di atas katil dengan gagang telefon masih dalam genggamannya. Terdapat khabar angin yang mengatakan bahawa roh Marilyn Monroe masih menghantui rumah agam itu sehingga kini.

rumah Marilyn Monroe

 

Foto: Elle Decor

Pautan berkaitan: TINJAU KEDIAMAN FUTURISTIK ALICIA KEYS, INSPIRASI RUMAH AGAM TONY SPARK DALAM FILEM IRON MAN

6 of 6

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL

Bacaan Lanjut
10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

10 GAYA LELAKI TERBAIK DI MET GALA 2026

Bacaan Lanjut
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP

Bacaan Lanjut
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS 8

5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN

Bacaan Lanjut
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL

Bacaan Lanjut