Skip to content

TOBEY MAGUIRE HANGAT BERCINTA DENGAN MODEL KACUKAN MALAYSIA-IRELAND?

TOBEY MAGUIRE HANGAT BERCINTA DENGAN MODEL KACUKAN MALAYSIA-IRELAND?

Kongsikan artikel ini

Bintang Spider-Man, Tobey Maguire dikhabarkan sedang menjalin hubungan asmara dengan wanita kacukan Malaysia dan Ireland, Lily Chee.

Baru-baru ini pasangan itu dirakam bersama ketika menghadiri sebuah pesta anjuran jutawan Michael Rubin. Malah Tobey dilihat merangkul pinggang teman wanitanya sewaktu meninggalkan acara, sekali gus mengesahkan perhubungan mereka.

Tiada salahnya jika pelakon dan penerbit filem itu mahu mencari teman hidup baru selepas menjalani hidup solo sejak tahun 2016. Namun apa yang mengundang kritikan peminat adalah perbezaan usia yang terlalu ketara antara mereka.

Tobey Maguire Lily Chee

Foto: Page Six

Tobey berusia 49 tahun manakala Lily pula baru memasuki 20 tahun. Lebih mengundang kecaman apabila anak sulung aktor itu, Ruby Sweetherat hanya dua tahun lebih muda daripada wanita itu.

Lily yang dilahirkan Atlanta, Amerika Syarikat merupakan model, aktres dan personaliti YouTube. Bapanya berketurunan Cina dari Malaysia manakala ibunya berdarah Ireland dan Scotland.

Bekas Isteri Pertahan Tobey Maguire

Spekulasi percintaan Tobey dan Lily mencetus perdebatan hangat di Instagram. Selain jurang usia ketara, netizen turut mengutuk sikap aktor itu yang dikatakan gemar bertukar-tukar teman wanita.

Bagaimanapun bekas isterinya, Jennifer Meyer tampil mempertahankan tindakan Tobey dengan membalas kata-kata negatif di ruangan komen. Jelasnya, pelakon itu sekadar menunjukkan sifat budiman dengan menghantar Lily ke kereta untuk pulang.

“Sekarang dia dikecam di internet kerana dikatakan bercinta dengan wanita yang bukan kekasihnya. Terima kasih atas komen biadab anda. Saya harap anda lebih gembira sekarang,” tulisnya.

Foto: X

Tobey dan Jennifer yang merupakan pereka barang kemas menjalani kehidupan berumah tangga selama hampir sedekad dari 2007 hingga 2016. Jennifer menfailkan perceraian pada 2020 selepas empat tahun mereka hidup berasingan. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ruby, 18 dan Otis Tobias, 15.

 

Foto: Getty Images/Instagram

Pautan berkaitan: HARRY STYLES DIDAKWA BERCINTA DENGAN PEMPENGARUH FESYEN AUSTRALIA