Skip to content

TOM BRADY AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI GISELE BUNDCHEN?

TOM BRADY AKHIRNYA TEMUI PENGGANTI GISELE BUNDCHEN?

Kongsikan artikel ini

Bekas bintang NFL, Tom Brady dikhabarkan telah pun menemui cinta hati baru.

Dan nampaknya kesemua wanita yang bertakhta di hatinya mempunyai latar belakang sama iaitu seorang model. Menurut laporan Page Six, Tom kini sedang menjalin hubungan romantis dengan model Sports Illustrated Swimsuit, Brooks Nader.

Spekulasi percintaan mereka tular selepas akaun Instagram gosip popular, DeuxMoi mengesahkan Tom telah beberapa kali keluar bersama Brooks di tempat awam. Status percintaan mereka pada awalnya diragui, namun satu sumber terdekat mengesahkan bahawa mereka sememangnya sedang menjalin hubungan istimewa.

Tom Brady Brooks Nader

Foto: Us Weekly

Menurut laporan, cinta antara mereka baru saja berputik kala Brooks dalam proses bercerai dengan suaminya, usahawan Billy Haire. Model itu menfailkan perceraian pada Mei lalu selepas hampir lima tahun berumah tangga. Mereka dikatakan telah hidup berasingan selama berbulan-bulan.

Garis Masa Perhubungan Tom Brady & Brooks Nader

Jun lalu Brooks mencetus spekulasi percintaan dengan Putera Greece, Putera Constantine Alexios apabila hadir bersama di majlis perkahwinan model Olivia Culpo.

Bagaimanapun sebulan kemudian, dia memberi petunjuk kembali solo apabila muncul berseorangan di parti mewah usahawan tersohor, Michael Rubin. Tom juga hadir ke parti sama, namun tidak dapat dipastikan bila dan di manakah dia pertama kali bertemu Brooks.

Brooks Nader

Foto: Instagram

Julai tahun lalu bapa kepada tiga cahaya mata ini dikatakan menjalin hubungan dengan seorang wanita yang dikenalinya di parti Michael. Tidak lama kemudian dia dikaitkan pula dengan model Irina Shayk dan beberapa kali dilihat keluar bersama. Bagaimanapun hubungan mereka berakhir pada Oktober 2023.

Sebelum menjalin cinta dengan model Rusia itu, Tom bergelar suami kepada Gisele selama 13 tahun. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata dan bercerai pada Oktober 2022.

 

Foto: Variety

Pautan berkaitan: PUNCA PERCERAIAN TOM BRADY & GISELE BUNDCHEN TERBONGKAR