“TRUTH NEVER PERISHES” – JOHNNY DEPP MENANG SAMAN FITNAH TERHADAP AMBER HEARD
Pelakon berbakat, Johnny Depp telah memenangi kes saman fitnah selepas bekas isterinya, Amber Heard yang didapati menipu dalam sebuah artikel atas talian.
Selepas enam minggu perbicaraan dijalankan, pihak juri di Fiarfax, Virginia, Amerika Syarikat telah memberikan kemenangan kepada Johnny Depp ke atas saman fitnah terhadap Amber Heard. Bekas isterinya itu telah diarahkan mahkamah untuk membayar ganti rugi sebanyak US$15 Juta (RM66 Juta) secara keseluruhan.

(Photo by Cliff Owen/Consolidated News Pictures/Getty Images)
Amber Heard telah didapati bersalah dengan menfitnah bekas suaminya melalui sebuah artikel atas talian di The Washington Post. Menurut Johnny, artikel berjudul “Amber Heard: I spoke up against violence” yang diterbitkan pada 2018 itu merosakkan reputasi dan menyebabkan kehilangan sumber pendapatan.
Walaupun tidak mendedahkan nama Johnny Depp, artikel itu telah menimbulkan kontroversi melalui kenyataan “figura awam yang mewakili penderaan domestik” oleh Amber Heard ketika kebangkitan gerakan sosial #MeToo. Pihak juri turut mengarahkan pihak Johnny Depp untuk membayar US$2 Juta kepada Amber Heard sebagai ganti rugi terhadap satu pertuduhan.

(Photo by Win McNamee/Getty Images)
Pelakon berusia 58 tahun yang terkenal melalui filem-filem ikonik seperti francais “Pirates of the Caribbean”, “Edward Scissorhands” dan “Charlie and the Chocolate Factory” itu tidak hadir ke mahkamah ketika keputusan dibacakan. Dia kini berada di United Kingdom untuk mengadakan konsert bersama Jeff Beck.
“The best is yet to come and new chapter has finally begun,” Johnny Depp berkongsikan kenyataan rasmi melalui pautan di akaun Instagram selepas keputusan dibuat oleh mahkamah. Dia menutup kenyatan tersebut dengan “truth never perishes”.
Kedua-dua pelakon itu telah berkahwin pada Februari 2015 selepas bekerja bersama dalam filem “The Run Diary” pada 2011. Mereka bercerai pada Januari 2017 selepas Amber mengfailkan sekatan terhadap Johnny atas tuduhan penderaan fizikal.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: TEROKAI 5 PENGINAPAN AIRBNB PALING LUAR BIASA DI MALAYSIA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG JULAI 2022
Laman penstriman utama Netflix, HBO GO dan Disney+ Hotstar membariskan 10 filem, siri drama, rancangan komedi serta dokumentari baharu yang ‘must watch’ sepanjang Julai 2022.
JOHNNY DEPP BAKAL MEMBINTANGI PIRATES OF THE CARIBBEAN TERBAHARU?
Johnny Depp telah menggalas watak Jack Sparrow dalam lima filem Pirates Of The Caribbean sejak 19 tahun lalu sebelum namanya digugurkan.
VIDEO TIKTOK PERTAMA JOHNNY DEPP MENGUNDANG KECAMAN AMBER HEARD
Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp-Amber Heard berakhir minggu lalu yang menyaksikan kemenangan berpihak kepada bintang Pirates Of The Caribbean.
ALASAN MENGAPA JOHNNY DEPP TIDAK AKAN MENDAPAT GANTI RUGI PENUH RM66 JUTA
Selepas enam minggu kes saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard dibicarakan, kemenangan akhirnya berpihak kepada aktor tersebut.
ELON MUSK TITIP PESANAN BUAT JOHNNY DEPP & AMBER HEARD
Perbicaraan saman fitnah Johnny Depp terhadap Amber Heard berakhir minggu lalu dan kini beberapa selebriti dilihat berani meluahkan pendapat mereka termasuk Elon Musk.
AMBER HEARD HAMPIR KEHILANGAN WATAK MERA KERANA JASON MOMOA?
Presiden DC Films, Walter Hamada mendakwa Johnny Depp tidak mempengaruhi penglibatan Amber Heard dalam sekuel filem Aquaman.