Skip to content

TUGU PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KEMATIAN KOBE BRYANT & ANAK PEREMPUAN, GIANNA

TUGU PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KEMATIAN KOBE BRYANT & ANAK PEREMPUAN, GIANNA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Dua tahun selepas pemergian bintang NBA, Kobe Bryant dan cahaya matanya Gianna Maria-Onore, sebuah tugu ditempatkan di lokasi nahas sempena memperingati kematian mereka.

Direka oleh pengukir Dan Medina, tugu berketinggian empat kaki itu menampilkan figura Kobe menyarung jersi Los Angeles Lakers sambil memeluk tubuh anaknya yang sedang tersenyum gembira.

Dan menjelaskan ia ditempatkan di lokasi kejadian hanya untuk sementara waktu namun berharap akan diberi kebenaran oleh pihak perbandaran untuk mendirikan tugu kekal bersaiz besar sebagai penghormatan kepada bintang itu.

Di dasar tugu gangsa seberat 73 kilogram itu tertera petikan ayat, “Wira datang dan pergi, tetapi legenda kekal selamanya,” berserta nama sembilan mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter yang berlaku pada 26 Januari 2020.

Kobe Bryant

Foto: AP

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DEVIN BOOKER-KENDALL JENNER KECUNDANG DI TENGAH JALAN

DEVIN BOOKER-KENDALL JENNER KECUNDANG DI TENGAH JALAN

Bacaan Lanjut
5 FOTO SUKAN PALING POPULAR DI INSTAGRAM

5 FOTO SUKAN PALING POPULAR DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut

TRAGIS! KOBE BRYANT MAUT BERSAMA ANAK PEREMPUAN DALAM NAHAS HELIKOPTER

Bacaan Lanjut