Skip to content

TUGU PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KEMATIAN KOBE BRYANT & ANAK PEREMPUAN, GIANNA

TUGU PERINGATAN SEMPENA ULANG TAHUN KEMATIAN KOBE BRYANT & ANAK PEREMPUAN, GIANNA

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Ketika kejadian, kesemua mangsa yang berada dalam helikopter persendirian sedang dalam perjalanan untuk menyertai pertandingan bola keranjang di Akademi Sukan Mamba milik Kobe berdekatan Thousand Oaks, California, Amerika Syarikat.

Selain Kobe dan Gianna yang berusia 13 tahun, kejadian itu turut meragut nyawa jurulatih, John Altobelli; isterinya, Keri Aktobelli; anak perempuan mereka, Alyssa Alyobelli; pembantu jurulatih bola keranjang, Christina Mauser; salah seorang pemain, Payton Chester bersama ibunya, Sarah Chester; dan juruterbang, Ara Zobayan.

Empat bulan selepas kejadian, Jabatan Pemeriksaan Perubatan-Koroner mengesahkan punca kemalangan jiwa adalah disebabkan trauma tumpul yang tidak disengajakan.

Siasatan kemudian mendedahkan bahawa juruterbang melanggar piawaian persekutuan dan berkemungkinan mengalami ‘kecelaruan ruang’ ketika memandu helikopter melalui awan dalam cuaca berkabus.

Selain Gianna, Kobe mempunyai tiga lagi cahaya mata iaitu Natalia Diamante, Bianka Bella dan Capri Kobe.

kobe bryant

Foto: Dan Medina

Foto: Dan Medina

 

Foto: KeithAllisonPhoto/Pinterest

 

Pautan berkaitan: TRAGIS! KOBE BRYANT MAUT BERSAMA ANAK PEREMPUAN DALAM NAHAS HELIKOPTER

 

2 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

DEVIN BOOKER-KENDALL JENNER KECUNDANG DI TENGAH JALAN

DEVIN BOOKER-KENDALL JENNER KECUNDANG DI TENGAH JALAN

Bacaan Lanjut
5 FOTO SUKAN PALING POPULAR DI INSTAGRAM

5 FOTO SUKAN PALING POPULAR DI INSTAGRAM

Bacaan Lanjut

TRAGIS! KOBE BRYANT MAUT BERSAMA ANAK PEREMPUAN DALAM NAHAS HELIKOPTER

Bacaan Lanjut