Berusia 80 tahun, Tun Daim Zainuddin merupakan bekas menteri kewangan Malaysia untuk tahun 1984 sehingga 1991. Beliau dilantik semula menteri kewangan pada 1999 dan meletakkan jawatan itu pada 2001. Daim juga pernah dilantik sebagai Pengarah Eksekutif Majlis Tindakan Ekonomi Negara dan pernah memegang jawatan Bendahari UMNO dari tahun 1984 sehingga 1999.