VOKALIS SHINEE ONEW BAKAL MEMBUAT KEMUNCULAN SOLO
SM Entertainment melaporkan bahawa SHINEE Onew sedang merancang album solo dengan tujuan untuk membuat kemunculan semula pada April.
Onew daripada kumpulan kpop terkenal iaitu SHINee dan merupakan vokalis utama ini bakal membuat kemunculan semula solonya pada bulan depan. Sumber dari SM Entertainment berkongsi, “Onew sedang menyediakan album solo dengan matlamat untuk mengeluarkannya pada bulan April. Tolong beri banyak perhatian.”

Foto: Soompi
Bagi mereka yang tidak mengenali beliau, Lee Jin-ki atau lebih dikenali dengan nama panggungnya Onew ialah seorang penyanyi, penulis lagu, pelakon dan pengacara Korea Selatan. Dilahirkan di Gwangmyeong, Onew, 32 ditemui di SM Academy Casting 2006 dan menandatangani kontrak dengan SM Entertainment sehari selepas uji bakatnya.
Dia memulakan kerjaya sebagai salah seorang vokalis utama dan ketua kumpulan lelaki Shinee pada Mei 2008 yang kemudiannya menjadi salah seorang artis terlaris di Korea Selatan.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LESS IS MORE: KEBANGKITAN GAYA ‘CLEAN BOY’
Gaya ‘clean boy’ semakin popular dalam kalangan lelaki dengan pilihan fesyen minimalis, warna neutral dan penampilan yang kemas.
PENUH GAYA, STYLE’S CHOICE GL THE MAN AWARDS 2026 MILIK HAKIMI NOORDIN
Hakimi Noordin ungguli kategori Style’s Choice di GL The Man Awards 2026, membuktikan gaya dan karismanya berjaya mencuri hati peminat!
DARI FITNESS KE FESYEN BERSAMA AIMRAN JAMIL
Aimran Jamil berkongsi perjalanan daripada kecergasan ke fotografi serta evolusi gaya dalam dunia content creator.
SENARAI PEMENANG MTV VMAS 2026
Anugerah Music Video kembali buat edisi ke-43 dengan kemenangan artis ternama seperti Taylor Swift, Madonna, dan Lisa Manobal.
PENGARUH FESYEN, GAYA, DAN PERSONALITI OSCAR YUHANG
Kenali Oscar Yuhang, wajah baharu dalam dunia fesyen dan salah seorang pengasas 365uniform, serta gaya peribadi yang menjadi identitinya.
GLAM LELAKI SEPTEMBER 2026: ALPHA, DALAM RENTAK SENDIRI
Tujuh individu dengan karakter dan kekuatan berbeza bertemu membentuk nama hangat dalam muzik tempatan kini. ALPHA dianggotai Daniel Sher, Izat Ibrahim, Rizal Rasid, Ariel Fesol, Ray-D, Araff dan Afiq Sky. Mereka membuktikan bahawa kerja keras, keserasian, dan keberanian untuk mencuba adalah rentak sebenar dalam merealisasi objektif seni mereka.











