Skip to content

WANITA IDAMAN: ZAHIRAH MACWILSON

Kongsikan artikel ini

body-1Lahir di Malaysia, berhijrah ke United Kingdom dan ke Australia sewaktu kecil langsung dibesarkan di sana, Zahirah kini menjejakkan kakinya pulang ke tanah air. “Saya mahu sahut cabaran itu dan lihat sejauh mana saya boleh pergi,” jelas Zahirah. Tercapai jua impian Zahirah, wajah dia kini mengungguli kebanyakan drama-drama televisyen popular. Jom ikuti temubual eksklusif GL bersama Zahirah.

Daripada belajar Pengurusan Sumber Manusia, kepada dunia lakonan. Satu transisi yang agak besar juga.
Ini semuanya atas ajakan dan pujukan orang-orang sekeliling saya. Termasuk kawan-kawan ayah (Zainol) yang semuanya orang-orang kuat industri hiburan. Mereka bertanya kepada saya, “Berminat berlakon tak?” Lalu, saya tidak teragak-agak untuk mencuba. Saya melihat semua itu sebagai dorongan daripada mereka.

Mula-mula agak sukar buat kamu? Sukar kerana slanga saya . Tetapi itu tidak mematahkan semangat saya untuk terus belajar dan mencuba. I gave it a go. And I made it this far.

Adakah payah untuk kamu memecah industri hiburan Melayu? Ada pros dan cons. Cons kerana ada sebilangan penonton akan berfikir dua kali pabila melihat wajah kacukan atau Pan-Asian di kaca televisyen. Tetapi pros adalah walau bagaimanapun, wajah-wajah kacukan ada tempatnya di industri ini dan orang suka.

body-2Bakat berlakon itu datang semulajadi, atau belajar daripada ayah kamu ataupun kena belajar dahulu? Hmm, kesemuanya sekali. Ada ketikanya bila saya di set, lakonan itu datang semulajadi. Padahal saya masih dikira mentah dan ada juga bahagian-bahagian teknikal yang saya masih belum master. Ayah saya juga ada memainkan peranan memberikan sedikit sebanyak tips dan ajaran.

Pernah berlakon dengan ayah kamu sendiri?
Pernah! Masa mula-mula berlakon dengan ayah, agak canggung sedikit. Haha!

Kenapa? Tidak biasa?
Ya, tidak biasa. Lagipun masa itu ayah saya memegang watak sebagai pakcik dan dalam drama itu saya memanggilnya Uncle. It was so weird.

Setakat ini, apa cabarannya menjadi pelakon wajah baru?
Terlalu banyak persaingan! Jadi saya harus step up my game.

Pelakon tanahair yang kamu sanjung? Fasha Sandha, Nur Fazura dan Lisa Surihani. Mereka cukup menakjubkan.

Orang akan melihat pelapis-pelapis baru sebagai innovator. Mereka dijangka membawa satu kelainan dan memartabatkan industri yang diceburi. Bagaimana dengan kamu? Apakah aspirasi kamu? Saya tidak hanya mahu menjadi sekadar pelakon. Saya mahu orang melihat Zahirah McWilson satu hari nanti bergelar role model dan menginspirasi wanita-wanita lain. Tentang bidang yang saya ceburi pula, saya mahu membawa ia ke fasa yang lebih tinggi. Barangkali menempa nama di persada antarabangsa? Who knows? Dan sudah tentu, dari segi kerja, saya mahu membawa versatility.

Pernah terfikir untuk keluar dari zon ‘drama-drama TV’ dan mencuba bidang perfileman pula?
Itu adalah impian saya juga. Untuk berlakon dalam filem.

Baik, bercakap tentang lelaki. Apakah yang kamu faham tentang lelaki? They can be territorial sometimes. Haha!

Pernah mengalami ‘awkward date’ sebelum ini? Pernah. Yang kelakarnya, masa mula-mula kenal melalui telefon dan bermesej. Jadi dalam telefon ia kelihatan seperti tiada apa-apa yang pelik. Masing-masing friendly dan mudah mesra. Tetapi bila keluar bertemu face to face, terus jadi…awkward.

Kamu rasa lelaki seksi bila… Dia membuat perkara-perkara ringkas dan tidak terlalu mencuba. Bila dia menghantar mesej kepada si wanita dan bertanyakan tentang khabarnya.

Apakah tiga perkara yang wanita tidak patut buat jika pertama kali keluar dengan lelaki? Jangan jadi orang lain, jangan bercakap tentang hal-hal masa lampau dan jangan terlalu bengkeng.

Pendapat peribadi kamu tentang lelaki yang ‘vain’ masa sekarang. Yang suka memuatkan gambar tidak berbaju dan selfie di Instagram? Secara peribadinya, saya tidak suka lelaki yang suka sangat menunjukkan fizikal tubuhnya di laman sosial. Jika ada tujuan baik, tak mengapa. Sekadar show off… urm, nope! Tetapi, saya tidak ada masalah dengan lelaki yang suka selfie. But not too much.

Boxers or briefs? Boxers. Briefs remind me of an old man in speedos.

By Abdul Aziz Draim
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH PLAY: DESTINASI TRENDI TERBARU DI KUALA LUMPUR YANG WAJIB KUNJUNGI

Bacaan Lanjut

CARA MUDAH MENJAGA RAMBUT BERUBAN

Bacaan Lanjut

5 TREND GAYA RAMBUT LELAKI 2024

Bacaan Lanjut
10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

10 TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENTAL UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut

10 MANFAAT KESIHATAN PENGGUNAAN MAINAN SEKS UNTUK LELAKI

Bacaan Lanjut
5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

5 DRAMA LAKONAN MIERUL AIMAN DIGEMARI RAMAI

Bacaan Lanjut