LOLA NICON, WANITA IDAMAN BARU DI RUNWAY
Nama Lola Nicon mula meniti bibir kelompok fesyen, terima kasih kepada Chanel! Kerana jenama itu memberi spotlight kepadanya untuk menjadi wajah utama koleksi Chanel Cruise 2021/22. Siapakah gerangan wanita yang dirias seperti perempuan berjiwa punk ini? Mengapa wajahnya diabadikan pada baju-baju koleksi Chanel Cruise 2021/22? Lagaknya yang feminin/maskulin ini membuatkan dia masuk dalam carta wanita idaman versi moden.
Dalam ramai-ramai gadis yang ada di sebuah festival muzik, Nicon cukup menonjol dengan raut wajah yang cukup strong. Terus pencungkil bakat mengikat dia bersama Rebel Model Management. Debut Nicon adalah buat pentas musim bunga 2020 Louis Vuitton. Dia berambut panjang rona gelap manakala bibir dicalit emrah delima. Nampak senada bersama dress merah Louis Vuitton. Lola Nicon bermula kerjaya sebagai peragawati dengan kontrak eksklusif buat Louis Vuitton.

Debut pertamanya di pentas Louis Vuitton
Sejak muncul di pentas Louis Vuitton, nama Nicon terus melonjak naik. Louis Vuitton mengikat dia eksklusif selama dua musim. Tahun lalu, menyaksikan dia terus lincah di pentas peragaan lain. Paling mencuri tumpuan adalah apabila Nicon menjadi pilihan Virginie Viard untuk menjadi peragawati penutup acara adi busana Chanel musim bunga 2021 dalam persalinan pengantin.

Nicon sebagai pengantin di acara adi busana musim bunga 2021 Chanel
Paling terbaru, Nicon mejadi wajah utama untuk koleksi Chanel pra-musim bunga 2022. Dia dirias seakan penyanyi rock dan dirakam oleh Inez & Vinoodh di kediaman mendiang Gabrielle Chanel yang terletak di 31 Rue Cambon.
PAUTAN BERKENAAN: HARI IBU 2021, SOLUSI HADIAH DARI COACH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SKY ISKANDAR, MODEL & USAHAWAN ERA BAHARU. “I’M A DREAMER, I DREAM BIG AND I DON’T SETTLE”
Kenali Sky Iskandar, bergelar model, usahawan dan mula menceburi bidang lakonan. Bercerita tentang fesyen dan gaya peribadinya.
“GIGIH REBUT PELUANG” – FITRI FAROK
Berketinggian 183 cm, Fitri Farok, 23, mula memasuki lapangan peragaan pada usia 20 tahun lalu gigih mencarikan peluang untuk terus bertapak.
PERGELUTAN HAILEY BIEBER SELEPAS SERANGAN STROK MINI
Selepas sepuluh bulan diserang iskemia sementara, Hailey Bieber dilihat semakin terbuka bercakap mengenai kesihatan fizikal dan mentalnya.
TOP 10 MODEL LELAKI DENGAN PENDAPATAN TERTINGGI SEPANJANG 2022
Siapakah yang mengungguli senarai top 10 model lelaki dengan pendapatan tertinggi sepanjang tahun 2022?
ROBERT PATTINSON AKHIRNYA TAYANG TEMAN WANITA DI GREAT PYRAMID OF GIZA
Empat tahun bercinta secara rahsia, Robert Pattinson dan buah hatinya akhirnya tampil di acara karpet merah sebagai pasangan kekasih.
BEKAS ANGGOTA EXO, KRIS WU DIPENJARA ATAS JENAYAH SEKSUAL
Kris Wu yang merupakan penyanyi, pelakon dan model bakal menjadi penghuni tirai besi selepas disabitkan bersalah atas tuduhan merogol.