ZACHARY PUUNG, “I WOULD SAY THAT THE WAY YOU CARRY YOURSELF IS VERY IMPORTANT.”
Zachary Puung, seorang model sepenuh masa mencipta nama dalam industri. Kenali Zachary Puung dengan lebih dekat melalui temu bual bersama GLAM Lelaki.
KONGSI SEDIKIT TENTANG PERJALANAN ANDA KE DALAM INDUSTRI MODELLING DAN KOMERSIAL? APA YANG MEMBERI INSPIRASI KEPADA ANDA UNTUK BERMULA?
Saya mula berlakon iklan komersial pada umur 15 tahun dan saya melakukan catwalk pertama saya pada umur 16 tahun. Tetapi tidak sehingga saya menyertai pertandingan HattaHIM pada 2016 yang telah memberi saya pendedahan yang saya perlukan. Saya tidak pernah berminat dalam bidang peragaan, tetapi ibu saya mendorong saya untuk menyertai HattaHIM dan ia telah menjadi perkembangan yang besar bagi saya dalam industri sejak itu.
BAGAIMANAKAH ANDA MENGURAIKAN GAYA PERIBADI ANDA? ADAKAH IA BERKEMBANG DARI MASA KE SEMASA?
Saya pernah mengikuti trend dan gaya terkini semasa saya lebih muda, tetapi apabila saya semakin berusia, saya lebih suka pada keselesaan daripada gaya. 90 peratus masa saya akan memakai T-shirt, seluar pendek dan sandal. Saya tidak akan mengatakan gaya saya telah “berkembang” tetapi ia pasti telah berubah selama bertahun-tahun. Saya sangat suka suasana gaya rileks dan santai.
BAGAIMANAKAH ANDA SENTIASA ‘UPDATE’ DENGAN TREND DAN GAYA FESYEN TERKINI?
10 peratus yang lain apabila saya tidak memakai T-shirt, seluar pendek dan sandal, saya cuba mengikuti apa yang baru dan menarik untuk saya. Dan agak mudah untuk mengikuti trend terkini, yang perlu saya lakukan adalah membuka Instagram dan lihat cara berpakaian rakan-rakan sebaya saya.
BOLEHKAN ANDA KONGSI TENTANG KERJA YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN YANG PERNAH ANDA LAKUKAN?
Saya berlakon iklan untuk sebuah syarikat perbankan pada tahun 2014 dan itu cukup diingati untuk saya. Itulah kali pertama saya harus keluar dari zon selesa saya. Saya adalah seorang kanak-kanak yang pemalu ketika membesar. Dan saya rasa takut untuk melakukan satu adegan itu, yang memerlukan saya menjerit kuat kepada bapa saya di hadapan sekurang-kurangnya 20 orang. I needed to go through it and I’m glad I did.
WHAT ADVICE WOULD YOU GIVE TO ASPIRING MODELS LOOKING TO GROW THEIR PRESENCE?
I would say that the way you carry yourself is very important. Penampilan fizikal anda penting untuk menarik klien. Tetapi anda bukan sahaja mahu menarik mereka, lebih penting lagi, anda mahu meninggalkan kesan yang baik dan berkekalan kepada klien anda.
Jika anda kelihatan baik tetapi tidak menunjukkan rasa hormat, sopan santun dan sebagainya, you’re not going to leave an impression and jobs will slowly get lesser and lesser. Tetapi jika anda berbudi bahasa kepada orang lain, anda boleh mengekalkan klien anda. Malah klien anda mungkin memperkenalkan anda kepada klien lain.
IKON STAIL PILIHAN?
I like Tom Hardy’s style a lot, rugged and cool.
PROJEK TERKINI?
Saya baru selesai membuat komersial untuk Dunhill.
SIAPA JENAMA ATAU PEREKA IMPIAN ANDA UNTUK BEKERJA SAMA?
Kempen untuk jenama BOSS.
PADA PENDAPAT ANDA, SIAPAKAH MODEL LELAKI BARU YANG MEMILIKI POTENSI BESAR SEBAGAI MODEL?
Pada pendapat saya, terdapat begitu ramai model-model lelaki di luar sana yang mempunyai banyak potensi. Ia membuat saya semakin takut. Tetapi kawan saya, Zze, saya rasakan mempunyai potensi yang baik dan saya harap dia akan melakukannya dengan baik pada tahun 2025. Rooting for u ma bro!
Artikel berkaitan: FAHD DHAF, “MATLAMAT UTAMA SAYA ADALAH UNTUK DAPAT BERJALAN UNTUK PEREKA DI PARIS ATAU MILAN FASHION WEEK.”
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSFORMASI BADAN SHAH JASZLE. LEBIH SIHAT, YAKIN DAN BERTAMBAH KACAK!
Transformasi sihat dan bentuk badan pelakon, Shah Jaszle merupakan satu perjalanan inspirasi yang mencerminkan disiplin dan kesungguhan.
5 PENGARAH KREATIF FESYEN TERBAHARU, DARI OAKLEY KE ZARA
Kenali 5 Pengarah Kreatif Fesyen 2026. Dari Matthew Williams ke John Galliano ke Zara, lihat siapa yang mengubah gaya global.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
PILIHAN STYLISH IKMAL AMRY MERAIKAN SYAWAL
Semak gaya stylish Syawal Ikmal Amry bersama Tommy Hilfiger. Menyerlahkan gaya santai lebaran supaya kekal bergaya.











