GUERLAIN MEMPERKENALKAN KOLEKSI “ART OF LIVING” INSPIRASI SIGNATURE GUERLINADE
Melangkaui dunia parfum, Guerlain kini membawa esen Guerlinade ke dalam koleksi gaya hidup yang merangkumi lilin, sabun dan diffuser kereta.
Pada tahun 2026, Guerlain memperkenalkan dimensi baharu dalam dunia wangian menerusi koleksi gaya hidup yang diinspirasikan oleh Guerlinade. Signature olfaktori legenda rumah parfum tersebut. Dirumus daripada enam bahan mentah utama iaitu bergamot, mawar, melati, iris, vanila dan tonka bean. Guerlinade telah menjadi asas kepada pelbagai haruman ikonik Guerlain selama lebih satu abad.

Melalui koleksi L’Art et la Matière, Art of Living, elemen ini kini diterjemahkan ke dalam produk harian seperti lilin, sabun dan diffuser kereta yang hadir dalam enam komposisi wangian eksklusif. Hasil ciptaan Pengarah Penciptaan Wangian Guerlain, Delphine Jelk. Setiap haruman daripada Vanille Planifolia hingga Jasmin Grandiflorum menonjolkan karakter unik bahan semula jadi yang menjadi DNA jenama tersebut.
Koleksi ini turut menampilkan sentuhan seni menerusi kolaborasi bersama pereka barang kemas Begüm Khan. Dia yang menghasilkan plat edisi terhad untuk koleksi Les Extraits Signature. Direka menggunakan gangsa bersalut emas dan dihiasi batu halus. Aksesori ini mengubah botol wangian menjadi objek seni yang meraikan hubungan indah antara reka bentuk, bahan mentah dan warisan kreatif Guerlain.

Selain wangian, koleksi gaya hidup ini turut menampilkan lilin yang boleh diisi semula serta diperibadikan mengikut cita rasa pengguna. Diformulasikan dengan lilin lebah berkualiti tinggi, setiap lilin bukan sahaja membebaskan aroma lembut tetapi juga berfungsi sebagai objek dekorasi yang menampilkan kod reka bentuk ikonik Guerlain seperti simbol lebah dan botol Square Bottle warisan koleksi L’Art et la Matière.
Artikel Berkaitan: INTERPRETASI MEWAH OUD DALAM SENTUHAN PARIS OLEH FRANCIS KURKDJIAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SEMUA TETAMU LELAKI YANG HADIR DI VICTORIA’S SECRET FASHION SHOW 2026
Victoria's Secret Fashion Show 2026 meneruskan legasi tiga dekad jenama ini, dengan para tetamu lelaki yang turut menjadi perhatian.
SENARAI PENCALONAN FFM35 KATEGORI PELAKON LELAKI
FFM35 mengumumkan senarai pencalonan yang menghimpunkan barisan pelakon lelaki daripada pelbagai generasi dan latar belakang seni.
GIORGIO ARMANI I WILL BUAT LELAKI YANG MELANGKAH DENGAN KEYAKINAN DAN IDENTITI TERSENDIRI
GLAM Lelaki menampilkan Amir Ahnaf, Irfan Zaini, Aedy Ashraf, Aniq Suhair, Aziz Harun dan Jazmy Juma bersama Giorgio Armani I WILL.
MUARA HOROLOGI: 5 SOROTAN JAM TANGAN BAHARU SEPANJANG OKTOBER
Terokai sorotan jam tangan terbaharu Oktober yang menyatukan warisan, inovasi dan estetika kontemporari.
IWC SCHAFFHAUSEN MEMBAWA PERKHIDMATAN ‘INDIVIDUALISATION’ EKSKLUSIF KE PAVILION KUALA LUMPUR
Buat pertama kalinya di Malaysia, IWC Schaffhausen membuka peluang kepada para pengunjung untuk merasai pengalaman Perkhidmatan Penyesuaian Individu di aras dua Pavilion Kuala Lumpur.
CABBEEN TERUS MENGUKUHKAN NAMA DI MALAYSIA, BUTIK KEEMPAT DI IOI CITY MALL
Jenama fesyen lelaki, CABBEEN, terus mengembangkan pengaruhnya di Malaysia menerusi pembukaan butik keempat di IOI City Mall, Putrajaya.











