Skip to content

GLAM X GLAM LELAKI FASHION NIGHT OUT 2019 NYATA BINGIT & MERIAH!

Kongsikan artikel ini

Kelmarin, tanggal 4 April 2019, berlangsungnya parti fesyen terbesar di Malaysia iaitu parti GLAM X GLAM Lelaki Fashion Night Out 2019 yang diadakan secara meriah dan cukup santai, apatah lagi dihadiri barisan selebriti terkenal, para influencer, klien-klien, pereka fesyen, juru solek serta orang-orang kuat industri fesyen tanah air. Untuk pengetahuan anda, GLAM dan GLAM Lelaki meraikan fesyen dengan keraian Fashion Night Out sejak dari tahun 2015 lagi. Dek atas sambutan yang hangat setiap tahun, tahun ini sudah pastinya tidak terkecuali.

Bertempat di KL Performing Arts Centre (KLPAC) dan mendukung tema ‘Rugged Romance’, edisi Fashion Night Out tahun ini berinspirasikan energi festival muzik terkemuka seperti Coachella dan Burning Man, yang sering menjadi destinasi liburan warga fesyen sedunia. Maka buat pertama kalinya, parti Fashion Night Out dianjurkan di kawasan outdoors. Dan jujur pada spirit festival muzik, walaupun hujan agak renyai, bergerimis dan membasahi bumi di awal majlis, ia tidak menghalang para tetamu dan jemputan yang hadir untuk kekal bersantai sambil bergembira dan berhibur. And what a party! Majlis malam tadi melihatkan para jemputan bebas berdansa di bawah hamparan bintang-bintang dalam gaya santai masing-masing, apatah lagi dengan putaran muzik yang disusun oleh DJ Twinkies (Arabyrd & Tunku Nadia) dan DJ Victor Trixter yang nyata membingit dan menghangatkan suasana.

DJ Tunku Nadia


DJ Victor Trixter

Dianjurkan bersama barisan penaja yakni Coach, BMW dan Shiseido, acara malam itu dimulakan dengan persembahan memukau serta ‘berapi’ oleh kumpulan Psycusix yang nyata memegun para hadirin. Sejurus persembahan mereka tamat, pengacara majlis, Thevanesh  mengalu-alukan kehadiran para tetamu yang hadir, dan editor majalah GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim turut dijemput ke atas bagi menyampaikan sepatah dua kata.

Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim

Selain ruang istirahat yang digarap stylish, tapak pesta juga menyediakan beberapa tarikan-tarikan menarik yang nyata mengujakan malam semalam. Antaranya adalah Coach Photo Prints yang tersedia buat para tetamu untuk bergambar, paparan jentera terbaru BMW 3 Series, bar solekan khas dari Shiseido yang hadir dengan Shiseido Arc, yakni sudut untuk bergambar buat kaki Instagram, serta sudut foto GLAM di bawah rimbunan pokok yang menawan, membangkit mood romantis. Namun, antara sudut foto popular ialah photobooth GLAM Lelaki yang berlatar belakangkan arca putih membentuk gerbang abstrak.

Dato’ Fazley Yaakob


Nur Fazura

 

Azrel Ismail


Sudut paparan jentera terbaru BMW 3 series


Ameera Khan

Majlis turut melihatkan pertunjukan seni Capoiera dan permainan bebuih yang memberi sentuhan magis di perkarangan KL PAC, sebelum pesta diakhiri persembahan light show yang spektakuler oleh Psycusix. Selain kerdipan indah yang menghiasi angkasa, majlis pastinya bertambah seri dengan ‘bintang-bintang’ seni yang turut mencuri tumpuan sepanjang keraian semalam, antaranya Nur Fazura, Awal Ashari, Scha Alyahya, Nabila Huda, Nazim Othman, Hael Husaini, Azrel Ismail,  Alicia Amin, Ain Edruce, Hafeez Mikail, Fahad Iman, Farah Nabilah, Erwin Dawson, Ameera Khan, Daler Yusoff, Kaer Azami, Ezylnn, gimnas nasional Farah Ann dan ramai lagi. Klik seterusnya untuk gambar-gambar eksklusif daripada last night’s party. See you next year! 

GALERI EKSKLUSIF GLAM X GLAM LELAKI FASHION NIGHT OUT 2019

1 of 28

Door gift khas buat tetamu lelaki

1 of 28

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

FILEM MENARIK WAJIB TONTON DI PAWAGAM SEPANJANG APRIL 2024

Bacaan Lanjut
JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

JOE FLIZZOW HADIAHKAN BERLIAN BUAT PEMINAT

Bacaan Lanjut
SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

SEGALANYA TENTANG FILEM TERBARU MARVEL, THUNDERBOLTS

Bacaan Lanjut

RAIKAN AIDILFITRI DENGAN KOLEKSI BAJU RAYA PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
PUTERA HARRY TERKAIT DALAM KES SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

PUTERA HARRY TERKAIT DALAM SAMAN SERANGAN SEKSUAL SEAN ‘DIDDY’ COMBS

Bacaan Lanjut