PEMBANGUN ANIMASI POCOTEE & FRIENDS MENANGI ANUGERAH BERPRESTIJ DARI HONG KONG
Baru-baru ini, satu lagi kejayaan anak Malaysia diiktiraf di peringkat dunia selepas syarikat Safe Tree Sdn. Bhd, pembangun animasi popular Pocotee & Friends memenangi Nobel Laureates Series: Brand Excellence Award yang berlangsung di di Hong Kong AsiaWorld-Expo, dan khabarnya Pocotee & Friends merupakan kartun animasi pertama dari Malaysia yang memenangi anugerah ini.
Terdahulu, dalam tempoh 9 tahun syarikat ini sebelum ini pernah menghasilkan banyak watak karikatur terkenal antaranya ialah Jackie Chan untuk kolaborasi filem Police Story 2013 dan juga ulang tahun beliau ke 60 serta barangan cenderahati untuk filem komedi 12 Golden Duck.
Usahawan Malaysia, Dylan Ang Beng Leong mengasaskan Safe Tree Sdn Bhd pada tahun 2009, seterusnya mengasaskan jenama Pocotee & Friends pada tahun 2011 dan berkembang ke Hong Kong, Thailand, Taiwan dan negara-negara lain.
Apa-apa pun, tahniah GL ucapkan pada Safe Tree Sdn.Bhd atas kejayaan ini. Yang pasti kejayaan ink bukan sahaja menaikkan nama Malaysia, tetapi turut mengalakkan syarikat animasi lain di Malaysia untuk menyahut cabaran ini untuk pergi lebih jauh.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 1 Ogos 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MUZIUM YANG PERLU DILAWATI SETIAP PEMINAT FESYEN
Dari kota New York ke Getaria di Sepanyol, lima muzium ini pasti menghidupkan fantasi peminat fesyen dalam memberikan penghormatan kepada karya agung pereka fesyen ikonik melalui pameran yang diadakan secara fizikal mahupun maya.
ART IN MOTION: SNIKER IKONIK ASICS SPORTSTYLE BERSAMA ARTIS SENI ASIA TENGGARA
Asics Sportstyle mempersembahkan Art In Motion, koleksi kasut ikonik edisi terhad bersama tiga artis dari Asia Tenggara iaitu Kenji Chai, tobyato dan Irin Ariyatanaporn (Ann).
IMAGINASI SENI SWATCH DAN CENTRE POMPIDOU
Swatch meneruskan siri jam tangan Museum Journey kali ini dengan menampilkan karya-karya kontemporari yang ikonik daripada Centre Pompidou di kota Paris.
DARI PEKERJA BURUH KEPADA SENIMAN, ISA ISHAK KONGSI KISAH DIRI MELALUI PAMERAN SOLO PERTAMA
Artis seni kontemporari lokal, Isa Ishak meneroka emosi dan kemahiran individual yang membentuk identiti diri dalam pameran solo pertama ‘Kisah Isa Ishak’ di ZHAN Art | Space.
Pameran Digital LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021
LOEWE FOUNDATION dan Musée des Arts Décoratifs bersatu dalam pameran digital edisi keempat LOEWE FOUNDATION Craft Prize 2021 yang akan bermula pada 25 Mei 2021.
Mesej Misteri Pada Lukisan ‘The Scream’ oleh Edvard Munch Akhirnya Terungkai
Misteri mesej ‘can only been painted by a madman’ yang diconteng pada karya seni ‘The Scream’ oleh Edvard Munch akhirnya terjawab selepas kajian yang dilakukan oleh National Museum of Norway.