Raikan Hari Wanita Sedunia 2019 bersama Blu Inc!
Ayuh bersama kami meraikan acara Blu Inc: Celebrating Women di mana lagu berjiwakan ‘femme power’ yang baru berjudul Istimewa akan dipersembahkan secara langsung oleh Dayang Nurfaizah. Blu Inc juga akan menayangkan video muzik Istimewa di layar skrin besar bertempat di Pavilion Kuala Lumpur semasa acara itu berlangsung. Pejuang dan penyokong anti keganasan rumah tangga, Neelambika, akan membacakan petikan daripada bukunya ‘Taking Charge of My Life’, yang menceritakan pengalaman beliau pernah didera dan bagaimana dia berjaya mengatasi situasi berkenaan. Di samping itu, pengunjung acara ini akan menikmati gerai pop-up oleh jenama terkenal; L’Oréal Paris berdekatan Acme Bar & Coffee, di mana mereka boleh mendapatkan riasan ringkas.
Kami juga akan mengadakan tayangan perdana filem Captain Marvel @ GSC Pavilion selepas pelancaran untuk tetamu jemputan. Oleh itu, jika anda dan rakan-rakan anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada acara ini, sila hantarkan entri kepada promotions@bluinc.com.mysebelum 5 Mac! Tempat duduk adalah terhad jadi pastikan anda menghantar entri anda hari ini! Hanya pembaca terpilih akan dimaklumkan.
Blu Inc Media, yang terdiri daripada EH, Cosmopolitan, Cleo, Her World, Female, Jelita, The Malaysian Women’s Weekly, Shape, GLAM, GLAM Lelaki, Harper’s Bazaar, Nuyou, Icon, The Peak, GLAM Deko dan Home & Décor memulakan usaha bersepadu ini sempena meraikan Hari Wanita Sedunia 2019. Sambutan yang meriah ini juga akan memperlihatkan pameran kata-kata inspirasi oleh wanita-wanita yang terkenal di sekitar kawasan Pavilion Kuala Lumpur antara 1 sehingga 15 Mac.
Jangan lepaskan peluang merakam shoefie atau swafoto bersama petikan yang tertera bersama hashtag #BluIncIWD2019 serta #TahanLasak untuk memperkukuhkan pendirian anda bagi kaum wanita, dan kongsikan petikan anda dengan kami!
Ayuh, lantangkan suara wanita anda!
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ANALISIS TREND UTAMA DI PENTAS KLFW 2026
GLAM Lelaki merungkai trend utama KLFW 2026 dari sentuhan batik moden, gaya jalanan berani, hingga sentuhan gaya lelaki terkini di pentas peragaan tempatan. Kuala Lumpur Fashion Week 2026 kembali mewarnai industri fesyen tanah air. Acara ini berlangsung di Esplanade, KLCC Park dari 3 hingga 9 Ogos 2026. Tema edisi ke-14 ini ialah “Destination: Home Ground”….
KIT WOO: EKSPLORASI FALSAFAH “NOTHING IS FINISHED”
Terokai koleksi Kit Woo di KLFW 2026 bertemakan ‘Nothing Is Finished’. Pembaharuan siluet dekonstruksi maskulin di pentas peragaan.
5 PEREKA FESYEN MUDA WAJIB TAHU DI KLFW 2026
Terokai 5 pereka dan label fesyen lelaki muda yang wajib anda tonton tahun ini, daripada Huntilanak hingga MSYD.
5 ELEVATED PANTS UNTUK NAIKKAN TARAF ALMARI ANDA
Temui 5 pilihan seluar 'elevated' daripada jenama tempatan popular untuk menaikkan taraf gaya harian anda secara segera.
CORTIS MENDEFINISI SEMULA GAYA STREETWEAR MEWAH GENERASI BAHARU
CORTIS mendefinisi semula gaya streetwear mewah generasi baharu. Ketahui estetik skater-punk Y2K subversif yang mengubah fesyen kontemporari.
FIFA WORLD CUP: 5 PERKARA ANDA PERLU TAHU TENTANG PETI TROFI EKSKLUSIF LOUIS VUITTON
Ketahui 5 fakta menarik tentang peti trofi eksklusif Louis Vuitton. Rekaan mewah ini mengiringi juara baharu FIFA World Cup 2026.











