Skip to content

SIMBAHAN FESYEN & MUZIK DI GLAM X GLAM LELAKI REBEL YOUTH PARTY

Kongsikan artikel ini

Malam semalam, bertempat di EX8 Subang Jaya, berlangsungnya sebuah pesta penuh ‘happening’ meraikan simbiosis fesyen dan muzik dalam satu pentas yang sama, yakni Rebel Youth Party daripada GLAM dan GLAM Lelaki, yang dibawakan khas oleh Coach.

Parti yang bermula seawal pukul 7 malam itu menyaksikan kehadiran para selebriti tempatan popular tanah air serta jemputan-jemputan khas terdiri daripara klien, model-model ternama, jururias artis, sosial media influencers, karyawan serta ahli-ahli media lain yang turut sama menghangatkan suasana pada malam itu.

DJ Nas-T

Sazzy Falak

Mendapat ilham daripada himpunan Coach Spring 2017 yang berteraskan sub-genre muzik dan jiwa muda si ‘pemberontak’, parti ini dibahagikan kepada tiga segmen yang juga dijadikan tema dress code: tetamu dijemput untuk memilih antara gaya Rock n’ Roll, Punk ataupun Hip Hop.

Yang pasti, beberapa artis dan personaliti hadir dalam persalinan Coach Spring 2017, antaranya Alvin Chong, Nabil Mahir, Fahad Iman, Andre Amir, Sean Lee, DJ Nas-T, Bront Palarae, Ryzal Jaafar dan sudah tentunya, cover guy GL April 2017, Redza Rosli. Tidak ketinggalan kehadiran artis-artis wanita yang kelihatan sangat stylish dan jelita dengan menyarung koleksi Coach, misalnya Azira Shafinaz, Hunny Madu, Juliana Evans, Tuti Noor dan ramai lagi.

@nabilmahir the hip-hopper lover, dressed in Coach tonight. #GLAMxGLAMLelakiRebelYouth #CoachMY

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

Energetic @andreamir at #GLAMxGLAMLelakiRebelYouth #CoachMY

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

@seanlje is in the house wearing #CoachMY #GLAMxGLAMLelakiRebelYouth

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

@fahadiman the rocker, dressed in Coach tonight. #GLAMxGLAMLelakiRebelYouth #CoachMY

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

@bront_palarae cukup stylish dalam jaket bomber #CoachMY #GLAMxGLAMLelakiRebelYouth

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

Redza Rosli #glamxglamlelakirebelyouth #glamlelaki #coachmy #coach

A post shared by GLAM Lelaki (@glamlelaki) on

Segmen Hip Hop membuka Rebel Youth Party, dengan setlist khas susunan DJ Nas-T yang mula dimainkan tatkala tetamu mendaftar masuk ke arena majlis. Persembahan tarian penuh bertenaga dari Swag Studio Projects yang ternyata menggamatkan suasana melengkapi segmen Hip Hop. Selepas tamat persembahan, kedengaran deruman enjin motor berkuasa besar yang dibawakan khas oleh Rascals Motor Club membawa masuk hos pada malam itu, the one and only, Sazzy Falak.

Kemudian, Sazzy Falak menjemput ke atas pentas kedua editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim dan Timbalan Editor GLAM, Yana Baharuddin untuk memberi ucapan, diikuti tayangan khas video di sebalik tabir pembikinan sampul GLAM Lelaki April 2017 juga tayangan perdana fashion film pertama terbitan GLAM!

Untuk segmen Rock n’ Roll, satu kejutan istimewa buat tetamu – kumpulan alternatif pertama Malaysia tampil membuat comeback! Pentas Rebel Youth Party  seterusnya diambil alih oleh kumpulan OAG yang tampil dengan lagu-lagu popular mereka untuk halwa telinga para jemputan, antaranya Merpati Putih, Slamber dan single pertama yang menaikkan nama mereka ke arus perdana, 60’s TV. Persembahan disusuli laungan irama punk sebelum sentuhan latar dan bait tempo muzik melewati pelbagai genre muzik untuk mengajak tetamu berdansa, courtesy of DJ Nas-T .

@oagreunion yo! #CoachMY #GLAMxGLAMLELAKIREBELYOUTH

A post shared by GLAM Malaysia (@glammalaysia) on

GLAM Lelaki ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, terutama sekali kepada semua penaja iaitu Coach, GrabMy, Beautiful Machines, Rascals Motor Club, Instamedia Premium Solution juga liputan khas oleh H! Live.

Rindu pada muzik OAG? Kita layan hit mereka 60’s TV sama-sama!

Oleh Wan Mohd Firdaus, 6 Mac 2017

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

COACH KINI MEMBUKA THE COACH RESTAURANT PERTAMANYA DI JAKARTA

Bacaan Lanjut
coach Malaysia

COACH ‘WEAR YOUR SHINE’ BERSAMA DOVE CAMERON, LIL BUCK, KEMIO, LEE YOUNG-JI & SONG YANFEI

Bacaan Lanjut

COACH RUJUK STAIL KEINDIVIDUAN LIL NAS X

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

10 GAYA ‘LIT’ DI GLAM X GLAM LELAKI FASHION PARTY 2023

Bacaan Lanjut

COACH FOR MEN WANGIAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut