Skip to content

LEGASI ALPHA MEN DITERUSKAN DENGAN ‘THE NEW A-LIST’

Kongsikan artikel ini

Seakan menjadi satu legasi ulung yang harus dipertahankan, majalah GLAM Lelaki sekali lagi meraikan sepuluh GLAM Lelaki Alpha Men yang selayaknya dinobatkan dengan gelaran eksklusif itu. Walaupun ciri-ciri seorang Lelaki Alfa cukup subjektif dan turut terpulang pada siapa dan bagaimana ia dicerminkan, namun gambaran seorang Lelaki Alfa menurut kami adalah seorang lelaki yang yakin, berjaya, matang, berpendirian dan berpersonaliti. Dan majalah GLAM Lelaki juga turut mempertahankan kedudukannya, masih utuh memperkasakan lelaki moden untuk menjadi unggul dengan cara mereka yang tersendiri, kekal di hadapan menjadi pelopor majalah lelaki bahasa Melayu terbaik di pasaran!

Dan semalam, bertempat di Astor Ballroom, The St. Regis Kuala Lumpur, menjadi saksi kehebatan dan kemegahan majalah GLAM Lelaki mengumpulkan barisan Alpha Men, selebriti, influencers, klien, rakan majalah, pereka fesyen, rakan media dan jemputan di bawah satu bumbung, meraikan dunia glamor dan gerakan fesyen lelaki. Dengan bertemakan Black Tie Redefined (Your Interpretation Of The New Formal), malam penuh santai dan mesra ini dihadiri hampir 150 tetamu memeriahkan acara.

Iswan Ismail dan Azrel Ismail

Reshmonu

Bon Zainal, Norman Hakim dan Raj Aria

Sebaik memasuki jam 7, sudah kelihatan para tetamu mula membanjiri foyer di luar ballroom, sambil bermesra dan berkenalan sesama mereka menggamatkan suasana. Dengan setiap seorang menonjol dan berpakaian indah dengan interpretasi 'black-tie' tersendiri. Ibarat pertembungan gaya klasik dengan stail lebih berani dan unik, para jemputan kelihatan cukup menawan sehingga sukar mengenalpasti siapa yang paling menarik, inovatif dan kreatif di kalangan semua.

Yang penting, kelihatan setiap seorang riang bertemu sambil bergambar sakan di hadapan dinding gambar eksklusif acara GLAM Lelaki termasuk di dinding istimewa Breitling dan bar mini MINI COOPER merangkap penaja utama pada malam itu. Turut tersedia adalah dua buah jentera MINI COOPER tersergam indah di dalam dan luar ballroom, iaitu MINI COOPER 3 Door  60 Years Edition dan MINI COOPER S Clubman (LCI).

Joshua Fitton

Dari kiri: Adiq Rahman, Raja Malek, Kit Woo (salah seorang Alpha Men 2019) bersama editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim, Ishrak & Ridduan TTFGA Ismail

Dato' Sri Bernard Chandran

Azrel Ismail dalam persalinan Lord's Tailor

Sekitar jam 8.30 malam, semua tetamu dijemput masuk dan memenuhi meja santapan yang telah diatur sejak dari awal lagi. Malam itu dimulakan dengan persembahan cukup mempesonakan oleh Evelyn Feroza yang mengalunkan 2 buah lagu dengan lontaran suara yang cukup lunak dan energi persembahan yang memukau. Kemudian, kata-kata aluan oleh pengacara, the one and only, Eleena Sui membuka bicara.

Evelyn Feroza

Eleena Sui dalam dress oleh Syomir Izwa Gupta

Kemudian disusuli ucapan daripada Editor GLAM Lelaki, Abdul Aziz Draim yang pada masa yang sama memperkenalkan barisan-barisan GLAM Lelaki Alpha Men tahun ini. Disusuli video eksklusif belakang tabir penggambaran bersama 10 Alpha Men kami yang menyempurnakan cover story edisi Nov 2019 diputar untuk tatapan tetamu. Kemudian selang beberapa minit, hidangan makan malam pun dipersembahkan.

Editor GLAM Lelaki Malaysia, Abdul Aziz Draim

Walaupun tidak semua hadir atas urusan yang tidak dapat dielakkan, namun syukurlah lima dari Alpha Men pilihan kami iaitu Hael Husaini, Jazeman Jaafar, Kit Woo, Malek McCrone dan Sean Lee dapat hadir untuk menerima plak pengiktirafan dari GLAM Lelaki di atas pentas sambil diselangi dengan video temubual eksklusif mereka tentang ciri-ciri seorang lelaki Alfa perlu ada.

Kit Woo

Malek McCrone

Jazeman Jaafar

Hael Husaini

Miller Khan, bintang dari seberang turut hadir melapangkan jadual penuhnya semata untuk acara ini, dipanggil ke atas pentas bagi menerima plak penghargaan mewakili pelakon Syafiq Kyle yang tidak dapat hadir dek urusan kerja di saat-saat terakhir. Yang menariknya, turut hadir adalah barisan bekas-bekas penerima Alpha Men tahun-tahun lalu seperti Joe Flizzow, Hisyam Hamid, Qi Razali, Altimet dan pereka Joshua Fitton.

Sean Lee dalam persalinan Kit Woo

Miller Khan menerima plak Alpha Men mewakili Syafiq Kyle

Malek McCrone

Jazeman Jaafar

Malam itu kemudian diteruskan dengan sambungan persembahan Evelyn Feroza dan seterusnya nyayian slow rock dari Jude Macson yang mengalunkan beberapa buah lagu untuk menghiburkan para tetamu dan jemputan.

Jude Macson

Jude Macson

Sejurus selepas itu, malam kemudiannya diterusnya dengan acara istimewa, iaitu sambutan hari jadi buat salah seorang Alpha Men kami, pemandu kereta pasukan Malaysia, Jazeman Jaafar yang meraikan hari kelahirannya yang ke 27 tahun ini. Happy birthday Jazeman! Keep making us proud ya..

Raut wajah Jazeman yang terkejut hari lahirnya diraikan pada malam GLAM Lelaki Alpha Men 2019.

Walaupun acara dianjurkan singkat, namun legasi majalah GLAM Lelaki meraikan Alpha Men 'The New A-List' kali ini ternyata meletakkan GLAM Lelaki di suatu tanda aras yang baru, dan ini semua kiranya mustahil tanpa sokongan para tetamu yang hadir, dan tidak dilupakan kepada pembaca-pembaca kesayangan yang telah banyak menyokong kami dari dulu hingga kini.

Terima kasih sekali lagi buat semua yang menjayakan majlis secara langsung dan tidak langsung. Tidak dilupakan kepada semua penaja-penaja utama iaitu MINI COOPER, Breitling, Jo Malone dan L'oreal. Semoga kita bertemu lagi pada tahun-tahun yang akan datang. Jom kita saksikan galeri gambar-gambar acara GLAM Lelaki Alpha Men yang berlangsung semalam. Till next year, and long live GLAM Lelaki!

3 of 24

3 of 24

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

Coach Malaysia

COACH LANCAR INSTALASI IMERSIF RAMADAN DI PAVILION KL

Bacaan Lanjut
fashion week 2024

30 GAYA SELEBRITI LELAKI TERBAIK DI FASHION WEEK MENSWEAR 2024

Bacaan Lanjut
FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

FRED JEWELRY PILIHAN LELAKI MASKULIN

Bacaan Lanjut

MENGUASAI POLE POSITION BERSAMA JAZEMAN JAAFAR DAN JAM TANGAN BREITLING AVENGER

Bacaan Lanjut

CARA HILANGKAN JERAWAT DENGAN CEPAT TANPA PARUT

Bacaan Lanjut

WARISAN BRITAIN DAN INSPIRASI UNIVERSITI KOLABORASI UNIQLO BERSAMA JW ANDERSON

Bacaan Lanjut