Skip to content

SEKITAR PELANCARAN VIDEO MUZIK “ISTIMEWA” DI PAVILION KUALA LUMPUR

Kongsikan artikel ini

Tanggal 8 Mac 2019 kali ini amat istimewa buat Blu Inc Media kerana sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, produksi Blu Inc Media telah melancarkan video muzik khas bersama dengan penyanyi terkenal, Dayang Nurfaizah.

Daphne Iking selaku hos pada malam itu.

Dayang Nurfaizah unggul menyanyikan lagu Istimewa.

Dalam video muzik yang dihasilkan oleh Blu Inc Production itu telah memaparkan Dayang di samping memperkenalkan barisan pengarang majalah di bawah satu bumbung Blu Inc termasuklah  EH!, GLAM, GLAM Lelaki, GLAM Deko, Jelita, Cosmopolitan, Female, CLEO, Harper’s Bazaar, Her Inspirasi (Jelita, Her World, Malaysian Women’s Weekly dan Shape) Home & Decor, Icon, Marie Claire, Nuyou dan The Peak.
Selain itu ia turut memaparkan wajah pembaca yang turut serta dalam kempen #BluIncIWD219. Bertempat di Crystal Fountain, Pavilion Kuala Lumpur, pelancaran lagu serta video muzik Istimewa itu telah menerima sambutan yang memberangsangkan terutama sekali apabila pemilik suara lagu itu turut mendendangkan lagu itu secara langsung di depan khayalak ramai.
Acara itu turut dimeriahkan dengan kehadiran beberapa nama besar dalam industri hiburan seperti Thanuja dan Anuja Ananthan, Yana Samsuddin, Sean Lee, Cik Manggis (DeFam), Ramona Zamzam, Wan Sharmila dan ramai lagi. Selain itu, acara turut dimeriahkan dengan kehadiran rakan kongsi Blu Inc Media . Daphne Iking telah dipilih untuk menghoskan acara itu. Sejurus sahaja pelancaran video muzik tersebut, tetamu telah dibawa ke Acme Bar Pavilion KL untuk sesi koktel sebelum beransur ke Golden Screen Cinemas untuk tayangan perdana filem Box Office, Captain Marvel.

Datin Nina Juren dan suami.

Sean Lee turut hadir memeriahkan majlis.

Yana Shamsudin sentiasa anggun dan menawan.

Full house at Acme Bar!

Selain daripada persembahan daripada Dayang Nurfaizah, tetamu juga berkesempatan untuk mencuba L’Oréal Infallible 24H Fresh Wear Foundation yang kalis air, kalis comot, memudahkan kulit anda bernafas dan tahan lama sepanjang hari. Bagi anda yang ingin berkunjung ke Pavilion, jangan lupa untuk singgah di Crystal Fountain dan ambil gambar shoefies bersama quotes yang diletakkan di situ sehingga 15 Mac ini. Letakkan #bluinciwd2019 #lorealparismy #tahanlasak #pavilionkl pada caption gambar anda.

Terima kasih kepada L’Oréal Paris dan Pavilion Kuala Lumpur atas kerjasama untuk menjayakan acara ini. Jelita dan Her Inspirasi ingin mengucapkan Selamat Hari Wanita buat semua wanita di luar sana. Tonton video muzik penuh Istimewa di bawah ini.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 12 Mac 2019

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEJITUAN PEMBUATAN JAM TERSERLAH DI DALAM JAM GRAND SEIKO DAN CREDOR

Bacaan Lanjut

TUN MAHATHIR LANCARKAN PAMERAN 10 TAHUN ADIWIRA MARVEL STUDIO

Bacaan Lanjut

HARMAN STUDIO YANG EKSKLUSIF KINI DIBUKA DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

OUR SANRIO TIMES, PAMERAN TERBESAR DAN EKSKLUSIF HELLO KITTY DI ASIA TENGGARA

Bacaan Lanjut

TARGUS RAIKAN ULANG TAHUN KE-35 DENGAN MENGANJURKAN PERSIDANGAN APAC & KOLEKSI BAHARU 2019

Bacaan Lanjut

JAM TANGAN TERKEMUKA SWISS, RADO LANCAR KOLEKSI TERKINI DI BUTIK BAHARU KLCC

Bacaan Lanjut