Skip to content

JAM TANGAN TERKEMUKA SWISS, RADO LANCAR KOLEKSI TERKINI DI BUTIK BAHARU KLCC

Kongsikan artikel ini

Jam tangan terkemuka Swiss – Rado meraikan pembukaan butik terbaharu dan terbesar di Malaysia dalam sebuah acara ekslusif di Suria KLCC. Antara jemputan istimewa yang hadir termasuklah beberapa personaliti terkenal tanahair.

Sebuah pertunjukan fesyen yang memberi fokus kepada tema Rado bagi tahun 2018 iaitu ‘The Elements of Time’ mempersembahkan beberapa rekaan terbaharu daripada koleksi HyperChrome, DiaMaster dan True, selain pelancaran koleksi eksklusif Rado di Malaysia iaitu koleksi True Thinline Nature.

Berinspirasikan alam semulajadi, Rado bekerjasama dengan Grandi Giardini Italiani iaitu sebuah organisasi yang mewakili taman-taman bersejarah dan mempersonakan di Itali, koleksi True Thinline Nature kali ini menghimpunkan koleksi terunggul daripada koleksi True Thinline.

Koleksi ini hadir dengan tiga pilihan warna refleksi daripada logo Grandi Giardini Italiani, jam tangan ini juga menampilkan tiga rekabentuk dail inovatif terbaharu mewakili tanah, air dan daun.

KONSEP TERBAHARU ‘MASTER OF MATERIALS

Rekabentuk butik Rado turut diberikan nafas baharu seiring dengan konsep terkini yang ingin ditampilkan melalui ciri-ciri asli dan elemen terbaharunya. Butik ini mengetengahkan rekabentuk kontras antara minimal dan kerja tangan bertekstur berasaskan bahan bermutu tinggi.

Walaupun butik terbaru Rado ini telah dibuka secara rasminya kepada orang ramai pada 4 Julai yang lalu, tetamu yang hadir pada acara ekslusif ini berpeluang melihat koleksi terkini Rado dengan lebih dekat.

Oleh Wan Mohd Firdaus, 27 Ogos 2018

 

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA

Bacaan Lanjut

FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS

Bacaan Lanjut
BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS

Bacaan Lanjut
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN 'STYLE EQUITY' TERTINGGI 2026

5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026

Bacaan Lanjut

RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS

Bacaan Lanjut
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026

Bacaan Lanjut