HIMPUNAN ELEGANT LONGINES: DIPERKEMAS BERONA BIRU
Dipaparkan pada dail serta tali jam, rona biru disanjung buat wajah baru himpunan elegant garapan Longines. Penawaran terbaru ini terus membiaskan nilai utamanya yakni sifat elegan. Ditawarkan dengan seleksi pilihan laman dail, koleksi ini menggabungkan kesederhanaan yang bergaya klasik berbalas tradisi asli rumah arloji ini. Maka, mencintrakan satu himpunan yang indah bernadi gerakan mekanikal yang eksklusif untuk Longines.
Sekian lamanya, Longines membina reputasi dengan tiga nilai asas yakni tradisi, prestasi pencapaian dan Elegan. Kemudian membentuk inspirasi untuk menciptakan himpunan Elegant dalam usahanya memenuhi sifat serta tafsiran keanggunan yang sempurna. Kini, barisan jam tangan diperluaskan dengan kehadiran seleksi pilihan laman dail serta dipersembahkan dalam rona terbarunya, biru. Sejajar dengan slogan yang diungkapkan Longines, “Elegance is an attitude”. Koleksi ini adalah epitome yang menjulang sofistikated serta kecanggihan setiap variasi jam tangannya. Manakala, versi biru ini memperkukuhkan sisi prestij langsung menjadi pilihan baik jejaka mahupun wanita hari ini.


Sebagai perkenalan rona baru ini, Longines menambah sentuhan gaya moden dan pembaharuan kepada The Longines Collection Elegant. Sekali gus tidak menjejaskan susuk rekaan signaturnya. Laman dail perincian sunray biru ditawarkan dengan indeks atau penanda jam bertatahkan berlian juga disempurnakan sama ada bertali kulit buaya dalam rona biru atau bergelang keluli tahan karat. Malah, versi kontemporari ini dipertontonkan dalam lima saiz termasuk 25, 29, 34.5, 37 dan 39 mm. Sesuai juga selesa dipakai pada pergelangan tangan lelaki serta wanita. Menggariskan kepakaran tradisi dan ketukangan jam tangan Longines, kesemua jam tangan dalam koleksi Longines Elegant berpaksikan nadi automatik yang eksklusif hasil kearifan garapan Swiss.

Oleh Zuhairie Sahrom
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KOLEKSI JAM TANGAN ERLING HAALAND LEBIH MENGAGUMKAN DARIPADA KOLEKSI HERMÈSNYA
Haaland terus membuktikan bahawa koleksi jam tangannya sama hebat dengan prestasinya di atas padang.
FRANCK MULLER MERAIKAN SENI PEDANG SAMURAI DENGAN KOLEKSI VANGUARD DAMASCUS
Franck Muller memperluaskan koleksi Vanguard dengan meraikan seni ketukangan pedang Samurai.
BELL & ROSS BR-03 GMT GREEN LUM BAHARU BERINSPIRASIKAN RONA NOTHERN LIGHTS
Bell & Ross meneruskan momentum evolusi rangkaian BR-03 dengan perkenalan model terbaharu, BR-0R GMT GREEN LUM.
5 JAM TANGAN MEWAH DENGAN ‘STYLE EQUITY’ TERTINGGI 2026
Cari jam tangan mewah pelaburan terbaik 2026. Terokai 5 jam tangan mewah yang menawarkan Style Equity tinggi untuk gaya maskulin moden.
RADO DIASTAR ORIGINAL SKELETON BAHARU, EKSPRESI BERANI WARNA MUSIM PANAS
Rado melancarkan siri DiaStar Original Skeleton dengan tiga warna musim panas bertenaga. Ketahui kehebatan enjin Swiss kaliber R808 di sini.
KILAUAN JAM TANGAN MEWAH CHOPARD DI GALA AMFAR CANNES 2026
Kilauan estetika Chopard mendominasi amfAR Gala Cannes 2026. Lihat gandingan jam tangan mewah pilihan lelaki alfa global.










