10 JENAMA WANGIAN YANG ANDA PERLU TAHU DI TROVE
Trove melancarkan butik perdana terbaharu yang terletak di The Exchange TRX dengan himpunan minyak wangi avant-garde dari jenama terbaik di dunia.
Terletak di destinasi beli-belah utama Kuala Lumpur, Trove memperkenalkan butik perdana terbaharu bagi jenama kecantikan mewah ini. Dengan seluas 1,600 kaki persegi, butik dengan rekaan unik di The Exchange TRX ini memukau pengunjung dengan membawa setiap langkah ke alam kecantikan yang sofistikated. Trove bukan hanya sekadar satu destinasi malah ia adalah kembara kemegahan deria. Setiap kunjungan menjanjikan pertemuan yang menarik, menerusi pilihan penggunaan wangian avant-garde serta terbaik di dunia bersama eliksir mengujakan.
Konsep butik Trove ini dirungkaikan sebagai satu perjalanan tersusun dengan semangat lautan. Di sini, intipati pulau terpencil menanti pengunjung, bermandikan suar cahaya yang menerangi khazanah tersembunyi. Kemuncak kembara di TroveThe Exchange TRX memberikan tafsiran moden tentang gua yang sebenarnya penuh dengan khazanah.
Saat melangkah masuk ke butik ini, setiap deria anda serta-merta dirangsang dengan suasana hangat dan persekitaran yang menarik. Ia mengingatkan kepada gua penuh khazanah yang belum diterokai. Pandangan pasti akan tertarik pada ruang tengah yang memaparkan beberapa himpunan unik Trove. Daripada produk penjagaan rambut sehinggalah kepada barangan kaca yang elegan. Suasana di dalam butik nyata penuh bertenaga yang mengundang pengunjung untuk terus meneroka keseluruhan ruang dalamannya serta menjanjikan penemuan menarik di setiap sudut.
Trove membariskan puluhan jenama yang tidak boleh didapati di butik lain. Di sebalik koleksi yang digemari oleh kalangan selebriti di seluruh dunia, beberapa himpunan yang berjaya mengukir namanya dalam alam kecantikan serba mewah. Ini bukan sekadar produk konvensional, tetapi ia mewakili hasil keberkesanan dan daya tarikan tertinggi, yang didambakan setiap pengikut setianya.
Berikut adalah 10 jenama wangian yang boleh didapati di butik perdana Trove yang terletak di The Exchange TRX:
1. Etat Libre d’Orange
2. Chasing Scents
3. The House of Oud
4. Moresque
5. Lubin Paris
6. Le Galion
7. Ormonde Jayne
8. Mendittorosa
9. Zoologist
10. Tauer Perfumes
Butik Trove yang pertama terletak di Starhill Gallery, manakala butik kedua terletak di Pavilion Damansara Heights. Atau boleh didapati secara atas talian di sini.
Baca lebih lanjut: KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LEMBARAN BARU WANGIAN POLO RED RALPH LAUREN
POLO RED, wangian terlaris Ralph Lauren Fragrances membuka lembaran baru setelah sekian lama dengan wakil kelajuan dunia. Mewakili kelajuan dan adrenalin, merka menampilkan pelumba Formula 1 terkenal di dunia, Lando Norris. Diilhamkan oleh gaya elektrik dan semangat Norris terhadap kelajuan, kempen ini berani baki aroma POLO RED. Circuito de Navarra merupakan salah satu fasiliti perlumbaan…
DESCENTE ENERZITE FLUID WIRE 2.0, KASUT LARIAN YANG STABIL DAN SELESA
Jenama pakaian sukan global, DESCENTE terkenal dengan koleksi yang inovatif dan ‘never-before-seen’ dalam memberikan solusi terbaik untuk atlet terbaik di dunia.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
DESCENTE BUKA STOR PERTAMA DI ASIA TENGGARA DI THE EXCHANGE TRX
Descente kini tiba di Malaysia! Peminat boleh menggayakan koleksi pakaian sukan premium yang berprestasi tinggi di The Exchange TRX, Kuala Lumpur.
SALOMON BUKA STOR PERTAMA MALAYSIA DI THE EXCHANGE TRX
Berita baik buat peminat Salomon di Malaysia dengan pembukaan stor pertama yang menampilkan seleksi produk untuk atlet moden dan penjelajah bandar.
KETAHUI WANGIAN KEGEMARAN BINTANG THAILAND, MILE PHAKPHUM
Mile Phakphum berkongsi bersama GLAM Lelaki mengenai wangian kegemaran dan rutin penjagaan kulitnya bersempena acara pelancaran butik Guerlain di Kuala Lumpur.