Skip to content

10 PRODUK GROOMING & KECANTIKAN VIRAL DI TIKTOK 2025

Kongsikan artikel ini

Tahun 2025 menyaksikan gelombang baharu dalam dunia grooming lelaki. Bukan lagi sekadar rutin asas, lelaki moden kini semakin peka terhadap formula, fungsi dan hasil sebenar produk kecantikan. TikTok pula menjadi pentas utama menentukan apa yang benar-benar berkesan dan apa yang sekadar hype. Berikut adalah 10 produk grooming dan kecantikan paling viral yang menguasai “For You Page” sepanjang tahun ini.


#1 MARVIS SMOKERS WHITENING MINT

Marvis bukan sekadar ubat gigi. Diformulasi menggunakan dua jenis silica dengan granulometri berbeza, ia memberikan pembersihan mendalam tanpa menghakis enamel. Ditambah pula dengan fluoride dan xylitol, ia membantu mencegah kaviti, mengawal bakteria dan memastikan nafas segar sepanjang hari.

MARVIS SMOKERS WHITENING MINT

#2 NATESKIN FACE SHAVER 2.0

NATESKIN FACE SHAVER 2.0, diasaskan oleh anak tempatan Jared Chuah, terus mengukuhkan statusnya sebagai jenama grooming lelaki paling viral di TikTok. Model generasi baharu ini hadir dengan motor lebih berkuasa, kalis air sepenuhnya, serta sistem bilah pintar yang memberikan hasil cukuran lebih licin dan konsisten. Rata- rata ramai pengguna mengatakan ia mampu menggantikan pisau cukur tradisional. Ulasan turut memuji kecekapan alat ini untuk cukuran pantas tanpa iritasi, nilai belian yang berbaloi, serta reka bentuknya yang sangat praktikal untuk dibawa bercuti atau digunakan setiap hari.

NATESKIN The Face Shaver 2.0

#3 AIRUIDU CF560 PORTABLE DENTAL FLOSSER

Water floss viral ini mengubah cara menjaga oral hygiene. Lebih efektif daripada floss biasa, alat ini membuang plak dan sisa makanan di celah gigi dengan tekanan air yang terkawal. Hasilnya? Mulut lebih bersih, nafas lebih segar, dan gigi terjaga tanpa perlu teknik flossing yang rumit.

AIRUIDU CF560 PORTABLE DENTAL FLOSSER

#4 EUCERIN SUN PROTECTION SPOTLESS BRIGHTENING SUN SERUM

Sunscreen ini menjadi kegemaran TikTok kerana teksturnya seperti serum yang ringan, cepat meresap, dan tidak meninggalkan “white cast”. Sesuai untuk lelaki yang aktif, berpeluh atau sering berada di luar rumah. Perlindungan UV-nya kukuh tanpa rasa melekit.

EUCERIN SUN PROTECTION SPOTLESS BRIGHTENING SUN SERUM

#5  GLAD 2 GLOW MADAGASCAR CENTELLA LIGHT CLEANSING OIL

Rangkaian Glad 2 Glow melonjak viral di TikTok kerana keberkesanannya yang konsisten pada harga yang masih mampu milik, menjadikannya kegemaran pelajar dan pengguna yang mahukan hasil cepat tanpa bajet tinggi. Cleansing oil jenama ini terkenal dengan teksturnya yang lembut, mudah melarutkan sunscreen dan kotoran.  Ulasan TikTok turut memuji rangkaian produk mereka seperti Centella moisturisers, krim retinol, serta G2G 2-in-1 Cushion Foundation yang menawarkan kemasan natural dan “glass skin” effect, walaupun kulit yang sangat kering mungkin memerlukan tambahan hidrasi. Secara keseluruhan, ia viral bukan sekadar kerana hype, tetapi kerana keberkesanan  formulasi yang efektif (Centella, Salicylic Acid), dan hasil yang ketara.

GLAD 2 GLOW MADAGASCAR CENTELLA LIGHT CLEANSING OIL

#6 TORRIDEN DIVE IN SERUM

TORRIDEN Dive-In Serum ialah antara produk yang benar-benar membuktikan bahawa viral bukan bermaksud gimik, ia memang berkesan. Teksturnya yang ringan, tidak melekit dan cepat meresap menjadikannya pilihan ideal lelaki dan juga wanita. Review pengguna dari plateform tiktok memuji kerana ia lembut, efektif dan mudah digabungkan dengan rutin apa sahaja. Sama ada anda jenis skincare minimalist atau mengikuti rutin 10 langkah, serum ini tetap bekerja dengan konsisten meningkatkan kelembapan dan keselesaan pada kulit. Pendek kata, ia viral kerana ia deliver hasil, bukan sekadar trend TikTok.

TORRIDEN DIVE IN SERUM

#7 MEDICUBE ZERO PORE PAD 2.0

Pore pad ini naik semula tahun ini. Versi 2.0 jauh lebih lembut namun lebih efektif. Medicube pore pad 2.0 ini mampu membantu mengecilkan pori, memperhaluskan tekstur kulit dan mengawal minyak pada T-zone. Sesuai untuk lelaki yang mahu kulit tidak berkilat tapi tetap bermaya.

MEDICUBE ZERO PORE PAD 2.0

 

#8 CHILLAB LAVENDER MATTE POWDER 

Bedak viral ini dipuji kerana oil-control yang tahan lama tanpa membuat kulit nampak “heavy”. Teksturnya halus, tones universal, dan memberikan hasil matte semula jadi. Perfect untuk lelaki yang sering on-camera atau selalu berpeluh.

CHILLAB LAVENDER MATTE POWDER

 

#9 SKIN1004 CENTELLA TONE BRIGHTENING AMPOULE

SKIN1004 Centella Tone Brightening Ampoule menjadi antara produk paling dicari di TikTok tahun ini kerana hasilnya yang konsisten dan boleh dilihat, bukan sekadar hype. Diformulasi dengan Centella Madagascar, ia membantu menenangkan kemerahan sambil mencerahkan tona kulit secara lembut. Kandungan Niacinamide dan Tranexamic Acidpula bertindak mengurangkan kesan parut pasca jerawat (PIE) serta memberikan efek “healthy glow skin” yang ramai pengguna puji. Review juga menunjukkan ampoule ini sangat ringan, cepat meresap dan tidak melekit, menjadikannya sesuai untuk hidrasi dan pemulihan skin barrier. Menjadikannya produk yang viral bukan kerana gimik, tetapi kerana keberkesanannya yang realistik dan selamat untuk kebanyakan jenis kulit.

SKIN1004 CENTELLA TONE BRIGHTENING AMPOULE

#10 COSRX ADVANCED SNAIL 92 ALL IN ONE CREAM 

Produk snail mucin yang tidak pernah hilang dari carta viral. Cream ini terkenal kerana memberi hidrasi yang intens, memperbaiki skin barrier dan merawat parut jerawat. Teksturnya pekat tetapi cepat meresap pada kulit. COSRX all in one cream ini sesuai untuk lelaki dengan kulit kering atau kombinasi.

COSRX ADVANCED SNAIL 92 ALL IN ONE CREAM

 

Arikel Berkaitan: HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

lelaki berbulu

6 CARA KEKAL BERSIH UNTUK LELAKI BANYAK BULU

Bacaan Lanjut
FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

FORMULASI TIME TRAVEL DARI EUCERIN

Bacaan Lanjut
Hadiah Mewah Buat Sahabat Rapat

HADIAH MEWAH BUAT SAHABAT RAPAT

Bacaan Lanjut