10 SELEBRITI LELAKI YANG MENJADI WAJAH JENAMA KECANTIKAN
Jenama kecantikan kini menjadikan selebriti lelaki sebagai wajah mereka juga, sebagai simbolik bahawa jenama mereka tidak mengira jantina.
Lelaki moden kini tidak lagi terhad pada sut dan minyak rambut. Malah, mereka menjadi wajah revolusi kecantikan global, mewakili keanggunan, karisma dan keyakinan yang melangkaui jantina. Industri kecantikan tidak lagi hanya milik wanita. Dalam era baharu ini, selebriti lelaki muncul sebagai wajah utama untuk jenama-jenama ternama, membawa naratif baharu tentang maskuliniti moden yang lembut, yakin, dan berani menonjolkan sisi diri sebenar. Berikut sembilan figura global yang mendefinisikan semula erti keanggunan lelaki masa kini sama ada dalam wangian, produk penjagaan kulit, mahupun alat solek.
#1 Hyunjin – Givenchy Beauty
Pertama kali diperkenalkan sebagai duta rasmi Givenchy Beauty pada 22 Februari 2025, Hyunjin daripada Stray Kids memancarkan pesona yang sukar ditandingi. Dikenali dengan wajah artistik dan aura misterinya, Hyunjin mewakili Givenchy versi moden, puitis, elegan dan berani menonjolkan ekspresi diri. Kolaborasi terbaru Hyunjin bersama Givenchy Beauty menampilkannya di dalam Holiday Campaign mereka.
#2 Felix – Hera, Tamburins
Felix membawa sisi avant-garde ke dunia kecantikan. Kolaborasinya bersama Hera dan Tamburins menonjolkan kecantikan yang tidak terikat jantina, di mana tekstur kulit, ekspresi dan karakter menjadi pusat perhatian. Aura Felix yang lembut namun berkuasa menjadikannya simbol genderless beauty Korea yang ikonik. Kedua-dua jenama ini mengeluarkan koleksi istimewa sempena pelantikan Felix sebagai duta jenama mereka. Rona Brownie Boy dari Hera serta koleksi Sunshine dari Tamburins membuktikan impak Felix untuk dua jenama itu.


#3 Win Metawin – Prada Beauty, Shiseido
Bintang Thailand ini menawan dunia dengan pesonanya yang elegan. Sebagai wajah Prada Beauty dan Shiseido, Win menggabungkan keanggunan Itali dan ketelitian Jepun dalam satu persona. Moden, segar dan sophisticated. Gaya Win adalah lambang lelaki Asia kontemporari yang menawan tanpa perlu berlebihan. Sebagai duta Asia Tenggara pertama Shiseido, dia dilantik pada awal tahun 2025 dan masih bekerje rapat dengan jenama itu. Win juga sering ke Malaysia untuk acara-acara Prada Beauty sebagai wakil duta jenama itu.

#4 Pond Naravit – Versace Fragrance
Pond mencerminkan semangat Versace. Berani, berapi dan penuh karisma. Sebagai wajah rasmi Versace Fragrance, Pond mempamerkan daya tarikan Mediterranean yang sensual dan moden, memperkukuh kedudukannya sebagai bintang lelaki Asia yang semakin mencuri perhatian dunia fesyen. Kehadirannya di acara-acara Versace Frangrance membuktikan impaknya di Asia Tenggara sebagai seorang selebriti. Pond mewakili generasi lelaki Asia yang mula mendefinisikan semula imej maskulin. Lebih terbuka, ekspresif, dan tidak takut untuk memancarkan sisi glamor mereka.
#5 Nicholas Galitzine – Armani Beauty
Bintang British ini menggabungkan daya tarikan klasik dengan keanggunan moden. Armani Beauty memilih Nicholas Galitzine kerana wajahnya yang melambangkan kemewahan yang tenang. Tiada keterpaksaan dalam gayanya, hanya karisma semula jadi yang memikat. Dalam setiap kempen, Nicholas membuktikan bahawa lelaki yang yakin tidak perlu berlebihan untuk menonjoL. Cukup dengan keaslian dan ketenangan.

#6 Austin Butler – YSL Beauty
Austin Butler menghidupkan semula semangat rock ’n’ roll glamour dengan gaya moden yang edgy. Sebagai wajah YSL Beauty, dia menggabungkan jiwa bebas dengan keanggunan maskulin yang memikat. Aura misteri dan sensualiti yang dimilikinya membawa nafas baharu kepada imej YSL, seorang lelaki yang hidup mengikut rentak sendiri, namun tetap tampil dengan gaya yang rapi dan berani. Kempen YSL MYSLF yang menampilkan Austin Butler turut menjadi perhatian ramai apabila dilancarkan.

#7 Gong Yoo – Tom Ford
Ikon filem Korea ini adalah epitom kematangan dan gaya yang tidak lekang dek masa. Sebagai wajah Tom Ford Beauty sejak tahun 2022, Gong Yoo mewakili timeless sophistication. Gabungan karisma, keanggunan, dan kejujuran. Setiap kemunculannya dalam kempen Tom Ford memancarkan pesona yang matang, elegan dan penuh kelas, menjadikan beliau simbol lelaki urban yang memahami bahawa kecantikan sejati datang daripada keyakinan diri.
#8 Timothée Chalamet – Chanel Beauty
Timothée Chalamet memecah tradisi apabila diumumkan sebagai lelaki pertama luar Asia ayang mewakili Chanel Beauty. Gayanya yang eksentrik, lembut namun penuh ekspresi menjadikan beliau wajah ideal untuk Bleu de Chanel. Dia membawa keanggunan yang tidak terikat pada definisi jantina, memperlihatkan bahawa kecantikan adalah keberanian untuk menjadi diri sendiri, tanpa kompromi, tanpa topeng.
#9 Johnny Depp – Dior Sauvage
Sebagai wajah Dior Sauvage selama 10 tahun, Johnny Depp masih kekal sebagai simbol kebebasan dan keaslian. Hubungannya dengan Dior bukan sekadar kolaborasi komersial, tetapi refleksi jati dirinya sebagai artis. Dengan personaliti yang berani dan jiwa bohemian, Depp menjadikan kempen Sauvage lebih daripada sekadar wangi-wangian. Ia menjadi pernyataan tentang keaslian dan kekuatan dalam kejujuran.

#10 Pierre Gasly – Givenchy Gentleman
Pelumba Formula 1 Perancis ini menjadi wajah Givenchy Gentleman yang terkini. Givenchy Gentleman ialah sebuah kempen yang meraikan sisi moden lelaki yang berani namun penuh empati. Pierre Gasly membawa pesona Eropah yang bergaya, dengan kombinasi tenaga, ketenangan, dan ketepatan. Sama sepertinya di trek lumba. Beliau mencerminkan semangat gentleman kontemporari: berdaya saing, bergaya, dan sentiasa autentik.
Pautan berkaitan: 5 PENYANYI LELAKI BAHARU YANG PATUT DIBERI PERHATIAN
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
BINTANG K-POP DENGAN AURA FESYEN TERKUAT TAHUN 2025
Tahun 2025 bawakan barisan bintang K-Pop dengan aura fesyen terkuat melalui kehadiran mereka dalam dunia fesyen sebagai tetamu dan duta.
HAUS NOWHERE BANGKOK KINI DIBUKA DI ICONSIAM
Haus Nowhere Bangkok kini berada di Iconsiam dengan kehadiran Felix Stray Kids, Bright, Win, Orm dan Fourth di hari pembukaan. HAUS NOWHERE Bangkok kini secara rasmi dibuka di Iconsiam, menandakan butik ketiga Gentle Monster dan butik pertama Tamburins di Bangkok. Selepas kejayaan di Seoul, Shanghai dan Shenzhen, projek HAUS NOWHERE tampil sebagai ruang runcit eksperimental…
HAUS NOWHERE BANGKOK BAKAL DIBUKA DI ICON SIAM, BUTIK TAMBURINS PERTAMA DI ASIA TENGGARA
HAUS NOWHERE BANGKOK bakal membuat debut meganya di Icon Siam pada 10 Disember 2025 dengan kehadiran Felix dari Stray Kids.
BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26
Barisan selebriti lelaki Asia yang menghiasi Paris Fashion Week SS26 membawa identiti jenama masing-masing dengan penuh gaya tersendiri.
DIOR SAUVAGE 2025, JOHNNY DEPP UTUH SEBAGAI DUTA KEMPEN
Merayakan keberadaan haruman DIOR Sauvage, Johnny Depp tampil membintangi dalam filem Sauvage. Arahan oleh jurugambar, Jean-Baptiste Mondino.











