Skip to content

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Kongsikan artikel ini

Badan langsing, sihat dan bertenaga bukan sahaja menjadi idaman wanita tetapi juga lelaki.

Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan. Selain menjaga pemakanan dan melakukan senaman, terdapat beberapa lagi petua mudah yang boleh membantu anda.

GL kongsikan tiga ramuan di dapur yang boleh membantu melangsingkan badan

 

1. Epal Hijau

3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN

Foto: KamranAydinov/Freepik

Makan epal hijau atau perahan jusnya setiap hari, sekurang-kurangnya sebiji sehari selama seminggu. Tujuannya untuk membuang lemak visceral (lemak yang terdapat di celah-celah otot perut) dan untuk mengikis lapisan kanji tepung gandum dan sisa makanan lain dari dinding usus. (Tepung gandum mengandungi peluntur iaitu bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan).

Jika dimakan mentah, epal boleh diambil bersama makanan lain. Tetapi kalau jus, tidak boleh disulam dengan makanan lain kecuali selepas 15-20 minit.

 

2. Lemon

Foto: Azerbaijan_stockers/Freepik

Kemudian, makan pula buah lemon atau minum jusnya satu biji sebelum sarapan atau sebelum tidur setiap hari untuk tujuan detoksifikasi. Berbeza dari jenis limau yang lain, lemon bersifat asid tetapi bertukar menjadi alkali setelah masuk ke dalam badan.

Untuk mengurangkan masam lemon, ia boleh dibuat jus dan dicampur dengan madu atau buat air lemon dengan tambahan gula perang.

 

3. Kulit Kayu Manis

Foto: Azerbaijan_stockers/Freepik

Selain epal dan lemon, satu lagi ramuan semula jadi yang boleh membakar lemak adalah kulit kayu manis. Ia bukan sekadar rempah yang membuatkan masakan semakin lazat. Menurut kajian, kulit kayu manis boleh digunakan untuk mempercepatkan proses penurunan berat badan.

Hanya rebus dua hingga tiga batang dalam satu liter air selama lima minit. Sebelum minum tambah sedikit serbuk kayu manis dan satu sudu madu. Ia boleh diminum ketika panas atau sejuk sebanyak tiga kali sehari.

 

Foto: Drazen Zigic/Freepik

Pautan berkaitan: 5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

HIDU 4 MAKANAN INI UNTUK KEKAL KURUS

Bacaan Lanjut

3 MAKANAN CAIRKAN LEMAK DENGAN PANTAS

Bacaan Lanjut

SUSUTKAN BERAT BADAN DENGAN EPAL DAN LEMON

Bacaan Lanjut