4 LANGKAH MUDAH MEKAP UNTUK LELAKI
Mekap untuk lelaki tidak rumit sebenarnya, senang sahaja. Oleh kerana sudah banyak produk yang dicipta khusus untuk lelaki dengan formula sepadan dengan kondisi kulit mereka, maka ramailah lelaki hari ini yang selesa dilihat mengenakan mekap. Saya fikir perubahan ini juga mungkin ada sangkut-paut dengan kebangkitan populariti bintang k-pop yang secara terang-terangan nampak bersolek. GLAM LELAKI kongsikan empat langkah mudah untuk lelaki yang mahu berias.

Laura Mercier Tinted Moisturizer Natural Skin Perfector Mini
1- Lembapkan Kulit
Gunakan pelembap berwarna yakni tinted moisturizer untuk hasil ton kulit yang nampak sekata. Selain memberi ‘warna’ pada kulit, ia juga punya manfaat dalam melembapkan kulit. Sapu rata dengan menggunakan jari atau mahu lebih ekstra gunakan saja berus solekan.

Boy de Chanel Concealer
2- Samarkan Cela
Ini option, jika anda mahu penampilan kulit yang nampak sempurna, boleh gunakan concealer. Hanya calit pada bahagian yang mempunyai cela seperti parut atau di bahagian bawah mata yang punya lingkaran gelap. Boleh guna berus, span atau pun Jari. Jangan gunakan banyak, sikit sudah memadai.

Shue Uemura Brow:sword
3- Rapikan Kening
Kening itu adalah bingkai kepada wajah. Jadi ia perlu dirapi kemas. Sikat bulu kening dan kemudian ‘isi’ ruang yang tidak lebat bulunya. Tak perlu tambah warna atau lukis pada bahgian kening yang sudah lebat. Jika mahu, boleh gunakan gel kening jernih untuk bulu-bulu kening tampil lebih rapi.

Jack Black Intense Therapy Lip Balm SPF 25
4- Lembapkan Bibir
Saya perasan ramai lelaki yang bibirnya kering, nampak kusam lagi-lagi yang merokok. Ibir sama juga seperti kulit, perlu dicuci dan dilakukan pengelupasan (exfoliate) agar kondisinya tampak sihat. Lembapkan bibir dua kali sehari. Amalkan memakai salap bibir (lip balm) sebelum tidur. Banyakkan minum air agar bibir tidak kering dan merekah.
Klik Untuk Lihat Produk Grooming Baru Dari Chanel Untuk Lelaki
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TACTICAL GROOMING: KEKAL KACAK DI BAWAH BAHANG PALM SPRINGS
Ketahui strategi tactical grooming untuk kekal segar di Palm Springs. Tip penjagaan wajah, rambut, dan wangian untuk lelaki masa kini.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
DESERT HEAT: 5 PEMPENGARUH MALAYSIA YANG HADIR DI COACHELLA 2026
Lihat bagaimana 5 pempengaruh popular Malaysia termasuk Alvy Joanna dan Milleh Christian menakluki Desert Heat: Coachella 2026
AROMATIK APRIL: 5 WANGIAN ‘NICHE’ YANG BAKAL MENJADI IDENTITI BARU ANDA
Aromatik April: Terokai kurasi wangian niche yang artistik dan berkarakter. Biarkan haruman anda bercerita sebelum anda mula berbicara.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
LANGKAH UNTUK KEKAL RAPI & KEMAS UNTUK LELAKI DI PAGI RAYA
Elak potong rambut last minute! Ini tip lengkap lelaki untuk kekal segak rapi, dari grooming hingga gaya busana di pagi Raya.











