IDEA BINGKISAN IDEAL TOD’S
TOD’S MENYERU DUNIA UNTUK KEKAL MEMBUDAYAKAN IDEA MENERIMA DAN MEMBERI. SEIRING DENGAN PERALIHAN MUSIM PERAYAAN DAN TAHUN BAHARU YANG BAKAL TIBA. KEMPEN MUSIM PERCUTIAN TOD’S TAMPIL UNIK SEKALI. MENYUNTING HAIWAN PELIHARAAN KESAYANGAN RAMAI SEBAGAI BINTANG KEMPEN UTAMA. ISN’T IT CUTE?
Dalam masa empat minggu lagi kita akan memasuki tahun baharu. 2020 adalah tahun yang paling mengesankan buat kita semua. Ramai di antara kita yang pastinya mengalami kesukaran dan kebaharuan sepanjang 2020. Namun, Tod’s menggesa untuk ‘move on’ dengan harapan baharu dan terus positif dengan resolusi 2021. Menggira hari Krismas yang bakal tiba, Tod’s melancarkan kempen musim percutian berkonsepkan kepositifan, kesatuan dan kebersamaan. Nilai-nilai tersebut memainkan peranan penting dalam situasi sekarang.
Meskipun, krisis pandemik masih berlanjutan, namun Tod’s percaya dalam kesukaran itu terdapat kebaikan sekiranya kita memandangnya dari perspektif yang berlainan. Melalui kempen musim percutian kali ini, Tod’s menampilkan haiwan-haiwan kesayangan ramai iaitu anjing pelbagai karakter dan jenis sebagai bintang kempen.
Anjing-anjing comel disengajakan beraksi dengan aksesori-aksesori musim baharu Tod’s seperti, but tinggi, loafers, kasut formal, kaca mata, beg jinjing dan beg silang. Produk-produk hiasan rumah sewaktu musim perayaan turut ditampilkan bagi menyemarakkan lagi konsep musim percutian.
Di samping itu, Tod’s mahukan budaya memberi dan menerima atau lebih dikenali sebagai “Gifting Ideas” diteruskan walaupun kemeriahan akhir tahun tidak sama seperti tahun-tahun lalu. Cara ini mungkin dapat mengeratkan lagi pertalian keluarga atau persahabatan sesama kita. Maka itu, Tod’s mencadangkan beberapa aksesori lelaki yang wajar dijadikan idea bingkisan. Bergantung kepada identiti si penerima juga kemahuannya. Kalau tidak, why don’t you give him a surprise?

Ada sifat ‘outdoor’ pada kasut ini. Lasak dan bereka bentuk tegap. Ideal buat lelaki yang berpersonaliti ‘rugged’.

Keluasan beg weekender ini sangat memuaskan. Tidak terlalu besar dan tidak terlalu sempit. Just nice. Boleh dijinjing atau digalas pada bahu. Praktikal.

But Chelsea rona hitam ini dicadangkan buat lelaki yang kerap memakai denim dalam penggayaan hariannya. Klasik dan tasteful.

Item klasik Tod’s. Permulaan baik buat lelaki yang dambakan sesuatu yang ‘ringan’ dan effortless. Boleh dipakai sewaktu pergi melancong.

Bagi mereka yang berjiwa muda. Material suede yang meliputi meningkatkan lagi kemewahan kasut ini. Cukup ‘stylish’ jika digayakan pada hujung minggu.
Artikel berkaitan: Energi New York Beri Semangat Lain Pada Tod’s
Tags
Artikel Yang Berkaitan
THE EOS SERIES, SNIKER STYLISH TAWARAN PEDRO
Terokai inspirasi gaya padu-padan bersama PEDRO dengan ragam sniker terkini, the EOS series.
TAMPIL BERANI & UNIK, NEW BALANCE SERLAH STAIL TAHUN BARU
Koleksi terbaru diinspirasi daripada baris sajak ‘In me, the tiger sniffs the rose’ oleh Siegfried Season.
HIMPUNAN TAHUN BARU LUNAR DIOR & KENNY SCHARF PILIHAN GLAM LELAKI
Sudah siapkah anda menyambut perayaan tahun baru? Dior & Kenny Scharf hadirkan koleksi kapsul istimewa dengan semangat tahun harimau.
“GIFTING IDEAS” PRADA, HADIAH UNTUK KEKASIH
Penghibur Cai Xu Kun menghiasi kempen koleksi Prada untuk Festival 2021 Qixi. Sejumlah aksesori untuk budaya memberi dan menerima buat yang tersayang.
BURBERRY TB SUMMER MONOGRAM, SEMARAK GAYA MUSIM PANAS
Koleksi TB Summer Monogram menawarkan ragam item asas khusus liburan atau bersantai untuk menyemarakkan tampilan sehari-harian sepanjang musim panas. Kempennya dihiasi oleh wajah supermodel, Naomi Campbell.
PRADA X ADIDAS A + P LUNA ROSSA 21, TAMPIL DALAM DUA WARNA
Lengkapi gerobok fesyen dengan rekaan baru Prada x adidas untuk mencipta penampilan beragam. Akan dilancarkan secara global mulai 19 Julai.