Skip to content

5 KEBAIKAN DETOKS UNTUK LELAKI

Kongsikan artikel ini

Lelaki masa kini sudah mulai sedar tentang penjagaan kesihatan dan salah satu cara adalah dengan proses detoks. Proses detoks adalah proses menyingkir toksin dari dalam tubuh melalui air kencing, pernafasan, tinja, dan peluh dengan menggunakan empat organ utama iaitu, hati, ginjal, saluran pencernaan, dan kulit. Namun sejauh mana keberkesanan proses detoks dapat memberikan kebaikkan buat kaum lelaki khususnya. GL senaraikan 5 kebaikkan proses detoks.

detox-slimanggun

1. Sukar diserang penyakit

Sedar atau tidak sedar, kita sering terdedah kepada unsur toksin di sekeliling kita seperti pencemaran udara, asap kenderaan, kimia berbahaya, sisa toksik. bahan pengawet dan banyak lagi. Punca toksik ini akan memberi kesan buruk jangka masa panjang kepada sistem imunisasi badan khususnya dan akhirnya kita akan mudah diserang penyakit berbahaya. Sekiranya tidak dinyahkam, ia akan bersarang di dalam tisu dan sel di seluruh tubub termasuk otak dan darah kita.

548a8853e6985_-_rbk-sick-men-man-sick-in-bed-s2

2. Menurunkan berat badan

Toksin yang diserap akan menjejaskan keupayaan tubuh secara semulajadi untuk membakar lemak. Ini menyumbang kepada kegemukan dan seterusnya obesiri. Penyakit seperti diabetes, penyakit jantung, hypertensi dan sebagainya adalah disebabkan oleh berat badan berlebihan. Oleh itu, proses detoks membantu untuk mencegah toksin dari terkumpul dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh.

 

healthy-weight-loss-for-men-679

3. Melambatkan proses penuaan

Siapa menyangka, proses detoks sebenarnya mampu untuk melambatkan proses penuaan menjadikan anda awet muda. Ini kerana proses detoks membantu melindungi tubuh dari serangan radikal-radikal bebas. Dengan proses detoks, ia akan membantu untuk meningkatkan penyerapan nutrisi secara optimum termasuklah antioksida dan vitamin yang melindungu sel tubuh dari serangan radikal bebas. Automatiknya, jika sel kita ini sentiasadipelihara, maka  proses penuaan akan perlahan dan keremajaan kita terpelihara.

Man looking at his reflection; using facial toner

4. Memperkasa tenaga tubuh

Dengan melakukan detoks, kita akan lebih bertenaga bukan sahaja dari aspek fizikal malahan mental dan emosi juga akan stabil dan terpelihara. Apabila fizikal, mental dan emosi anda terjaga, sudah pasti anda akan lebih cergas dengan tidur yang berkualiti, bertenaga dengan bantuan proses detoks serta amalan gaya hidup yang sihat, yakni sentiasa bersenam dan menjaga permakanan. Kita akan dapat memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian khususnya dalam proses membuat keputusan, menganalisa sesuatu dan berfikir secara kreatif.

1-abs

5. Kulit yang sihat

Diet seharian yang tidak dirancang ditambah pula dengan  pencemaran udara dan persekitaran yang penuh dengan redikal perosak mampu menjejaskan kulit tubuh. Berdetoks dapat mempertingkat kesihatan kulit sekaligus melindungi dari jerawat serta memperkuatkan akar rambut. Malah, jika anda perhatikan nanti, kuku juga akan lebih bersinar dan sihat.

3_11_5
Oleh Wan Mohd Firdaus, 11 Januari 2017

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

9 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

8 KERABAT DIRAJA BRITAIN YANG ANDA TIDAK TAHU MENGHIDAP KANSER

Bacaan Lanjut
RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

RAJA CHARLES III TUNDA TUGAS RASMI AKIBAT KANSER

Bacaan Lanjut
TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

TEKNIK PERNAFASAN MUDAH UNTUK TIDUR LEBIH LENA & BERKUALITI

Bacaan Lanjut
makanan Lelaki

5 MAKANAN YANG LELAKI PERLU ELAK UNTUK ZAKAR LEBIH KUAT

Bacaan Lanjut
kesihatan kaki

5 TIP PENJAGAAN KAKI LELAKI UNTUK KEKAL SIHAT

Bacaan Lanjut