Skip to content

5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI

5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI

Kongsikan artikel ini

Semakin hari semakin ramai lelaki menyedari bahawa detoks adalah salah satu langkah penting untuk kesihatan diri.

Proses detoks menyingkirkan toksin dari dalam tubuh melalui air kencing, pernafasan, tinja, dan peluh dengan menggunakan empat organ utama iaitu hati, ginjal, saluran pencernaan dan kulit. Namun sejauh mana keberkesanan detoks untuk kaum Adam secara khususnya?

GL senaraikan lima kebaikan detoks secara menyeluruh

 

1. Membantu Menurunkan Berat Badan

Toksin yang diserap akan menjejaskan keupayaan tubuh secara semula jadi untuk membakar lemak. Ini menyumbang kepada kegemukan dan seterusnya obesiti. Penyakit seperti diabetes, jantung, hypertensi dan sebagainya adalah disebabkan oleh berat badan berlebihan. Oleh itu proses detoks membantu mencegah toksin dari terkumpul dalam sel lemak dan meningkatkan metabolisma tubuh.

 

2. Menghindar Daripada Penyakit

Foto: Freepik

Sedar atau tidak sedar kita sering terdedah kepada unsur toksin di sekeliling seperti pencemaran udara, asap kenderaan, kimia berbahaya, sisa toksik, bahan pengawet dan banyak lagi. Punca toksik ini akan memberi kesan buruk jangka panjang kepada sistem imunisasi badan khususnya dan akhirnya kita akan mudah diserang penyakit berbahaya. Sekiranya tidak dinyahkan, ia akan bersarang di dalam tisu dan sel di seluruh tubuh termasuk otak dan darah.

 

3. Melambatkan Proses Penuaan

Pasti ramai tidak menyangka bahawa detoks mampu melambatkan proses penuaan sekali gus menjadikan anda awet muda. Ini kerana ia membantu melindungi tubuh dari serangan radikal bebas. Ia turut membantu meningkatkan penyerapan nutrisi secara optimum termasuk antioksidan dan vitamin yang melindungi sel tubuh daripada serangan radikal bebas. Automatiknya, jika sel kita ini sentiasa dipelihara, maka proses penuaan akan perlahan dan keremajaan terpelihara.

 

4. Menjadikan Kulit Lebih Sihat

kebaikan detoks

Foto: Freepik

Diet seharian yang tidak dirancang ditambah dengan pencemaran udara dan persekitaran yang penuh dengan radikal perosak mampu menjejaskan kulit tubuh. Melakukan detoks dapat mempertingkat kesihatan kulit sekali gus melindungi daripada jerawat serta memperkuatkan akar rambut. Malah, jika anda perhatikan nanti, kuku juga akan lebih bersinar dan sihat.

 

5. Meningkatkan Tenaga Tubuh

Dengan melakukan detoks, anda akan lebih bertenaga bukan sahaja dari aspek fizikal malahan mental dan emosi juga akan stabil. Apabila fizikal, mental dan emosi terjaga, sudah pasti anda akan lebih cergas. Anda akan dapat memberikan yang terbaik dalam kehidupan seharian khususnya dalam proses membuat keputusan, menganalisa sesuatu dan berfikir secara kreatif.

 

Foto: Prostooleh/Freepik

Pautan berkaitan: 5 DIET YANG BOLEH MEROSAKKAN KEHIDUPAN SEKSUAL ANDA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

Bacaan Lanjut
MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?

MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?

Bacaan Lanjut
JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!

JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!

Bacaan Lanjut
5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI

5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI

Bacaan Lanjut