Skip to content

5 MANFAAT SUKAN TINJU UNTUK KESIHATAN TUBUH

5 MANFAAT SUKAN TINJU UNTUK KESIHATAN TUBUH

Kongsikan artikel ini

Senaman tinju atau boxing semakin mendapat tempat di hati kaum lelaki yang mementingkan kecergasan badan.

Ia merupakan antara senaman terbaik untuk meningkatkan kesihatan mental dan fizikal. Tinju bukan sahaja membantu membina otot, malah pada masa sama juga bagus untuk mengurangkan tekanan.

Ini kebaikan yang boleh anda perolehi daripada senaman tinju

 

1. Membakar lemak

Aktiviti tinju adalah bentuk senaman yang memerlukan kita menggerakkan seluruh tubuh secara kerap dengan rutin yang pantas. Secara automatik, banyak lemak akan dibakar dengan segera untuk ditukar kepada tenaga buat tubuh. Tinju juga cara terbaik untuk mengurangkan berat badan tanpa perlu berlari atau berjoging.

 

2. Meningkatkan kesihatan kardiovaskular

kebaikan tinju, kebaikan boxing, boxing gym kuala lumpur

Foto: Freepik

Boleh dikatakan keseluruhan anggota badan kita akan bergerak sewaktu senaman ini dilakukan. Ia kurang melibatkan aktiviti menendang seperti muay thai, tetapi pada masa sama kita masih memerlukan kekuatan kaki untuk memastikan badan tetap stabil sewaktu gerakan menumbuk dan menahan.

 

3. Menguatkan otot

Untuk membina otot yang kuat, senaman tinju adalah jawapannya. Namun sekiranya anda ingin membina otot yang besar, anda dinasihatkan untuk melakukan banyak senaman angkat berat. Pasti anda perasan, rata-rata badan atlet tinju tidaklah sebesar mana namun tenaga dalaman mereka ternyata kuat.

 

4. Melegakan tekanan

Pernah tak anda rasa seakan ingin menumbuk sesorang ketika sedang mengalami tekanan? Sama seperti konsep senaman tinju, ia memberi anda peluang untuk melegakan keseluruhan tubuh daripada tekanan dengan melakukan gerakan menumbuk. Anda pasti akan lebih berasa lega selepas itu.

 

5. Meningkatkan kestabilan tubuh

Foto: Freepik

Sebagai seorang manusia, kita perlukan kekuatan otot kaki dan pinggang untuk menstabilkan badan, barulah tumbukan yang dilepaskan mengenai sasaran dan padu. Latihan ini apabila dilakukan secara berulang-ulang, akan membantu meningkatkan kestabilan tubuh.

 

Ini antara gimnasium terbaik yang menawarkan senaman tinju buat amatur dan profesional

1) Katsu Boxing Dojo

2) Black Night Boxing Gym

3) Panthera Combat & Conditioning

4) Kambiz Warriors Gym

5) Monarchy MMA

 

Foto: Prostooleh/Freepik

Pautan berkaitan: 5 KEPENTINGAN DETOKS UNTUK MENINGKATKAN KESIHATAN LELAKI