5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA
Kehidupan tanpa gula? Ya, sukar untuk dibayangkan. Jadi sebanyak manakah pengambilan sepatutnya dalam sehari?
Persatuan Jantung Amerika mengesyorkan wanita untuk mengambil tidak lebih daripada enam sudu teh sehari manakala lelaki tidak melebihi sembilan sudu. Ini bermakna tidak melebihi 25-36 gram atau kira-kira 100-150 kalori sehari.
Sementara itu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pula mengesyorkan pengambilan maksimum 50 gram, tetapi sebaiknya tidak melebihi 25 gram sehari.
Ini beberapa tanda yang menunjukkan anda mungkin mengambil terlalu banyak gula
1. Berat badan meningkat dan sering berasa lapar
Gula mempunyai kandungan kalori yang tinggi, tetapi ada sebab lain mengapa pengambilannya boleh meningkatkan berat badan dengan cepat. Makan terlalu banyak gula akan membuatkan anda sentiasa terasa lapar.
Ini kerana gula meningkatkan paras glukosa dalam darah buat jangka masa pendek, tetapi tidak mengenyangkan kerana kekurangan serat. Apabila sentiasa lapar, anda akan makan lebih daripada yang diperlukan, sekali gus menyebabkan peningkatan berat badan.
2. Timbulnya Jerawat

Foto: Freepik
Pengambilan gula bukan saja meningkatkan paras insulin tetapi juga hormon yang dipanggil faktor pertumbuhan mirip insulin 1 atau IGF-1. Bersama-sama insulin, ia merangsang keratinisasi berlebihan di bahagian kelenjar sebum, menjadikan liang pori tersumbat dan menyebabkan jerawat.
3. Mencetus keradangan dan melemahkan sistem imun
Kebiasaannya gula diserap oleh badan melalui usus kecil. Bagaimanapun jika jumlah gula ringkas seperti glukosa dan fruktosa yang diambil melebihi kapasiti usus kecil, ia akan pergi ke dalam usus besar.
Menurut pakar pemakanan, ia menjadi makanan bakteria yang ada di dalam usus besar. Ia membawa endotoksin pada permukaan bakteria yang dipanggil sebagai lipopolisakarida. Endotoksin ini kemudiannya meninggalkan usus, memasuki aliran darah dan mencetus keradangan yang mempercepatkan penuaan badan dan melemahkan sistem imun.
4. Menyebabkan ketagihan dan perubahan emosi

Foto: Master1305/Freepik
Ketika mengambil gula, paras glukosa meningkat dengan cepat yang menyebabkan pelepasan insulin. Lonjakan ini kebiasaannya sangat kuat sehingga impak dalam darah tidak kembali ke paras normal, malah turun di bawah paras asas.
Ini dipanggil hipoglisemia, yang seterusnya mengakibatkan ketagihan. Buat sesetengah orang, ia turut menyebabkan perubahan emosi dan mudah marah.
5. Mempercepatkan Proses Penuaan
Terbukti secara saintifik bahawa pengambilan gula yang tinggi menyebabkan pembentukan AGEs atau produk akhir glikasi lanjutan. Apabila AGEs terlalu banyak, tisu penghubung kolagen menjadi kaku dan rapuh. Badan juga kurang mampu untuk memulihkan diri. Ini bemakna kualiti kolagen dalam badan juga semakin merosot.
Foto: Drazen Zigic/Freepik
Pautan berkaitan: AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA
Tags
Artikel Yang Berkaitan
SENAMAN LELAKI PATUT CUBA UNTUK MENINGKATKAN KESUBURAN
Pernahkah anda tertanya-tanya, adakah jenis senaman yang anda lakukan selama ini dapat mempengaruhi kesuburan?
4 TABIAT YANG BOLEH MENJEJASKAN KUALITI SPERMA
Berbasikal merupakan salah satu aktiviti yang boleh membahayakan sperma. Ketahui tiga lagi tabiat yang mempunyai pengaruh serupa.
10 TIP PERAPIAN DIRI LELAKI MESTI AMALKAN
Tidak boleh dinafikan perapian diri sangat penting buat lelaki agar kelihatan kemas dan bersih setiap hari.
5 CARA SEMULA JADI UNTUK TURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
Ubat-ubatan membantu merendahkan tekanan darah tinggi, malangnya ia boleh memberi kesan sampingan kepada tubuh.
6 CARA PASTIKAN TUBUH KEKAL TERHIDRAT KALA BERPUASA
Tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air, justeru penting untuk kekal terhidrat bagi memastikan kesihatan berada di tahap terbaik.
5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA
Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik. Namun ada cara mudah untuk mengatasinya.