Skip to content

AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

AMBIL TAHU! 10 PETANDA HORMON TESTOSTERON ANDA DI PARAS BAHAYA

Kongsikan artikel ini

Tidak dinafikan testosteron adalah salah satu hormon penting dalam tubuh manusia, khususnya buat lelaki.

Hormon ini dihasilkan oleh testis dan memainkan peranan penting dalam pelbagai fungsi termasuk perkembangan seksual, penghasilan sperma dan pemeliharaan jisim otot.

Namun ada kalanya tahap hormon ini boleh menurun yang dikenali sebagai hipogonadisme. Keadaan ini boleh mencetuskan kesan negatif pada kesihatan dan kesejahteraan lelaki.

Ini tanda-tanda anda memiliki hormon testosteron yang rendah dan impaknya terhadap kehidupan seharian

 

1. Kurang Keinginan Syahwat

Salah satu tanda paling jelas adalah penurunan libido atau keinginan seksual. Lelaki yang mengalami masalah ini menjadi kurang berminat untuk melakukan hubungan seksual bersama isteri. Rasa tidak berdaya dan kurang keyakinan diri boleh timbul, sekali gus membawa kepada masalah dalam hubungan jangka panjang.

 

2. Masalah Ereksi

Testosteron sangat penting dalam proses ereksi. Disebabkan itu lelaki yang mempunyai tahap testosteron rendah mungkin menghadapi kesukaran untuk mencapai atau mengekalkan ereksi. Keadaan ini dikenali sebagai disfungsi erektil dan boleh menjejaskan kualiti hidup serta hubungan intim.

 

3. Tubuh Letih dan Lesu

Foto: Senivpetro/Freepik

Kelelahan berterusan tanpa sebab yang jelas adalah satu lagi petanda hormon testosteron rendah. Lelaki yang mengalami masalah ini sering berasa letih walaupun setelah mendapat tidur yang cukup. Kelesuan ini boleh menjejaskan produktiviti di tempat kerja dan aktiviti harian. Rasa tidak bertenaga ini juga boleh mengurangkan motivasi untuk melakukan aktiviti fizikal atau bersosial, sekali gus mempengaruhi kesihatan mental secara keseluruhan.

 

4. Jisim Otot Menurun

Testosteron adalah hormon yang penting untuk perkembangan otot. Apabila tahap hormon ini rendah, ia boleh menyebabkan kehilangan jisim otot yang membuatkan anda terasa lemah. Selain itu proses pemulihan selepas bersenam juga boleh menjadi lambat. Penurunan jisim otot dan kekuatan boleh memberi kesan kepada kemampuan untuk menjalani gaya hidup aktif dan sihat.

 

5. Berat Badan Meningkat

Satu lagi tanda testosteron rendah adalah perubahan dalam komposisi tubuh khususnya kenaikan berat badan. Ini biasanya disebabkan oleh penurunan metabolisme dan jisim otot. Lelaki yang mempunyai hormon rendah cenderung mengumpul lemak terutamanya di kawasan perut. Kenaikan berat badan bukan saja boleh menjejaskan penampilan tetapi juga meningkatkan risiko kesihatan seperti penyakit jantung dan diabetes.

 

6. Emosi Terganggu

tanda testosteron rendah

Foto: Freepik

Tahap testosteron yang rendah boleh mempengaruhi emosi seseorang. Lelaki mungkin mengalami perubahan mood yang ketara termasuk kemurungan dan kebimbangan. Keadaan ini tentunya boleh mengganggu dan mempengaruhi kualiti hidup. Penting untuk anda mendapatkan bantuan daripada pakar jika gangguan emosi ini berterusan.

 

7. Sukar Menumpukan Perhatian

Lelaki yang mempunyai hormon rendah mungkin lebih mudah terganggu dan sukar memberi tumpuan kepada tugas yang sedang dilakukan. Ini boleh memberi kesan buruk kepada prestasi di tempat kerja dan dalam kehidupan seharian. Masalah kognitif ini mungkin berkait rapat dengan perubahan dalam tahap tenaga dan emosi.

 

8. Sukar Tidur Malam

Petanda lain yang mungkin menunjukkan tahap testosteron yang rendah adalah masalah tidur seperti insomnia atau tidur yang tidak berkualiti. Ini boleh memcetuskan gejala lain seperti keletihan dan emosi tidak stabil. Tidur yang mencukupi penting untuk pemulihan badan dan minda, jadi gangguan tidur boleh menyebabkan masalah kesihatan yang lebih serius jika tidak ditangani.

 

9. Rambut dan Bulu Menipis

tanda testosteron rendah

Foto: Freepik

Testosteron juga mempengaruhi pertumbuhan rambut dan bulu di seluruh badan. Lelaki yang mengalami tahap hormon rendah mungkin mendapati pertumbuhan bulu di wajah dan badan mereka berkurangan. Ini boleh memberi kesan kepada penampilan dan merendahkan keyakinan diri. Masalah ini juga boleh menjadi tanda bahawa terdapat ketidakseimbangan hormon yang perlu ditangani.

 

10. Berdepan Masalah Kesihatan Lain

Testosteron rendah juga boleh dikaitkan dengan beberapa masalah kesihatan lain seperti osteoporosis. Ia mempengaruhi kepadatan tulang dan meningkatkan risiko patah tulang terutama pada lelaki lebih berusia. Selain itu, terdapat juga bukti bahawa testosteron rendah boleh meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

 

Foto: Gpointstudio/Freepik

Pautan berkaitan: JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut
5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

5 PETANDA TUBUH ANDA TERLEBIH KANDUNGAN GULA

Bacaan Lanjut
5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

5 PANTANG LARANG PENJAGAAN RAMBUT LELAKI

Bacaan Lanjut
MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?

MENGAPA LELAKI BERBULU DADA DIANGGAP LEBIH SEKSI?

Bacaan Lanjut
JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!

JANGAN SAMPAI ANDA ALAMI MATI PUCUK PADA USIA MUDA!

Bacaan Lanjut
5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI

5 PETUA MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH OBESITI

Bacaan Lanjut