RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE
Temui koleksi RIMOWA Distinct & Original Twist dalam warna Olive. Rekaan mewah ini menyuntik gaya eksklusif untuk setiap pengembaraan anda!
RIMOWA kini menyuntik sentuhan eksklusif dalam koleksi Distinct dan Original Twist dengan warna Olive yang elegan dan menawan. Warna ini menampilkan inspirasi dari alam semula jadi, memberikan gaya tenang yang sempurna untuk anda yang gemar untuk tampil tampil menawan dan penuh gaya dari musim panas ke musim sejuk.
RIMOWA DISTINCT & ORIGINAL TWIST: GAYA ABADI BERSAMA SENTUHAN OLIVE

Foto: koleksi Distinct, RIMOWA
Untuk koleksi kali ini menggunakan teknik balutan kulit yang teliti, menghasilkan rekaan yang mewah dan berstruktur khas dengan alur ikonik RIMOWA. Koleksi ini dilengkapi dengan komponen aluminium yang diselaraskan dalam warna olive. Memberikan sentuhan perak pada ritsleting, rivet, dan pemegang yang menyerlahkan kemewahan seperti aksesori eksklusif. Bahagian dalam beg ini turut diolah dengan kemas. Lengkap dengan lapisan hitam bermonogram, pembahagi fleksibel serta ruang simpanan berzip dengan poket yang mudah diakses.

Foto: koleksi Original Twist
koleksi Original Twist pula membawa reka bentuk ikonik dengan sentuhan aluminium dan kulit. Dimana pemegang, kunci, dan segel turut diberi kemasan warna Olive. Bersama koleksi Distinct, kedua-duanya hadir dengan tag bagasi khas yang melengkapkan gaya elegan untuk setiap pengembaraan anda.
Koleksi mewa ini juga menawarkan Jaminan Seumur Hidup untuk setiap pembelian, satu simbol keahlian dan inovasi yang menandakan dedikasi mereka terhadap kesempurnaan. Koleksi RIMOWA Distinct Cabin Olive boleh didapati pada harga (MYR 15,850). Manakala RIMOWA Original Twist Cabin Olive ditawarkan pada harga (MYR 7,900) di butik RIMOWA. Atau boleh didapati di laman web rasmi RIMOWA.com bermula 24 Oktober 2024.

Jadikan koleksi ini sebagai teman setia yang menemani setiap langkah perjalanan anda, mencerminkan gaya yang tidak hanya praktikal tetapi juga penuh dengan pesona elegan. Dengan pilihan warna Olive koleksi ini direka untuk kekal relevan sepanjang zaman. Menjadikan anda tampil bergaya dengan keanggunan yang tidak lekang dek waktu dan sesuai untuk apa jua destinasi serta suasana yang bakal ditempuh.
Pautan Berkaitan: BLACKPINK KEMBALI RANCAK: AKTIVITI SOLO JENNIE, LISA, ROSE, & JISOO
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BOGGI MILANO MERAIKAN KEHANGATAN PIALA DUNIA 2026 BERSAMA KOLEKSI EKSKLUSIF
Boggi Milano melancarkan Koleksi Kapsul Piala Dunia 2026 di TRX. Terokai gaya sukan mewah lelaki urban moden di sini.
MANIFESTASI ADIBUSANA LOEWE DI PADANG HIJAU
Rumah fesyen LOEWE membawakan manifestasi adibusana eksklusif ke padang hijau selaku rakan rasmi pasukan bola sepak kebangsaan Sepanyol.
CONCERT LOOK: JENAMA MALAYSIA YANG SESUAI UNTUK GAYA KONSERT ANDA
Inspirasi gaya street luxury maksimum ke konsert akan datang dengan padanan eksklusif jenama tempatan popular pilihan GLAM Lelaki.
ALPHA, BOY GROUP PALING ‘STUNNING’ & BERPENGARUH TAHUN INI
Kenali kumpulan ALPHA, ikon M-Pop paling berpengaruh tahun ini. Ketahui rahsia estetika visual dan dominasi karya hebat mereka sekarang.
RIMOWA LANCAR KEMPEN “FOR A LIFETIME OF LIVES”, MERAIKAN PERJALANAN, WARISAN DAN KETUKANGAN ABADI
RIMOWA terus memperkukuhkan komitmennya terhadap kreativiti, ketukangan dan inovasi dengan pelancaran kempen For a Lifetime of Lives.
5 PEREKA FESYEN LELAKI MALAYSIA YANG BERJAYA MENEMBUSI PASARAN ANTARABANGSA
Kenali lima pereka fesyen lelaki Malaysia yang berjaya menembusi pasaran antarabangsa. Teroka kisah kejayaan luar biasa mereka di sini.











