Skip to content

5 PETUA LELAKI BOLEH CUBA UNTUK MENGHINDAR BAU BADAN

5 PETUA LELAKI BOLEH CUBA UNTUK MENGHINDAR BAU BADAN

Kongsikan artikel ini

Banyak kajian mendapati lelaki lebih mudah berpeluh sekali gus mencetuskan bau badan. Kekerapannya dua kali ganda berbanding wanita.

Disebabkan itu, bau badan seakan sukar untuk dikawal walaupun anda tidak banyak bergerak dan bekerja di dalam pejabat berpenghawa dingin.

Bauan kurang menyenangkan semestinya akan menjejaskan penampilan walau sehebat mana pun anda bergaya.

Ikuti tip mudah yang kami kongsikan ini untuk mengatasi masalah bau badan

 

1. Jangan Malas Mandi

Jangan terkejut jika ada lelaki yang tidak mandi dek terlupa kerana terlalu sibuk dengan kerja. Mandi sewajarnya menjadi rutin harian paling penting untuk diamalkan.

Walau sesibuk mana pun, pastikan badan dibilas dengan air dan dibersihkan dengan sabun atau gel mandian, agar tiada lagi bauan kurang enak di tubuh anda.

 

2. Rajin-rajinlah Cukur Bulu Ketiak

petua atasi bau badan

Foto: Master1305/Freepik

Lelaki cukup sinonim dengan ketiak berbulu kerana bagi mereka ia lambang maskuliniti. Tidak sama sekali. Bulu yang terlebih lebat hanya akan memerangkap bakteria dan kuman saat anda berpeluh, lalu menyebabkan bauan kurang enak.

 

3. Tambah Lemon Ke Dalam Rutin Mandian

Buah lemon bukan saja untuk dihidangkan namun ia juga berkhasiat mengurangkan bau badan. Dengan menggosok lemon pada tubuh, ia dapat membantu kulit menjadi lebih wangi dan aromanya masuk sampai ke dalam liang pori.

Menggosok lemon dan meremasnya pada bahagian lipatan tubuh seperti ketiak, lipatan tangan dan kaki juga mengurangkan penghasilan peluh berlebihan.

 

4. Banyakkan Minum Air Putih

petua atasi bau badan

Foto: Drazen Zigic/Freepik

Walau segemar mana pun anda terhadap minuman manis, setidaknya amalkan untuk minum air putih enam gelas setiap hari. Aliran darah yang lancar dengan cukup air akan membuat tubuh mengeluarkan keringat yang tidak berbau.

 

5. Menjaga Pemakanan

Tidak dinafikan pemakanan boleh mempengaruhi kerana terdapat beberapa bahan-bahan tertentu yang boleh menyebabkan badan berbau. Jadi, anda harus berhati-hati dalam memilih makanan yang baik.

Hindari makanan yang mengandungi banyak lemak, minyak dan beraroma tajam seperti bawang putih. Ia mampu mencetuskan bau badan kerana pelepasan aroma terjadi pada pori-pori kulit dan bercampur dengan peluh. Hasilnya, muncul aroma tidak menyenangkan.

 

Foto: Drobotdean/Freepik

Pautan berkaitan: MITOS BAU BADAN MATTHEW MCCONAUGHEY AKHIRNYA TERBONGKAR

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

cara hilangkan bau badan

Malu Dengan Bau Badan Sendiri? Ini 5 Tip Hilangkan Bau Badan Dengan Pantas

Bacaan Lanjut

ELAK BADAN BERBAU SELEPAS GIM, 6 PRODUK PENJAGAAN INI PERLU BAWA

Bacaan Lanjut