5 PETUA MUDAH UNTUK MILIKI KULIT SIHAT & BERSERI
Wahai lelaki, kesihatan kulit sama pentingnya dengan penjagaan fizikal tubuh.
Jangan hanya memberi fokus pada membina badan di gim sehingga mengabaikan penampilan luaran. Tidak dinafikan tuntutan kerjaya ada kalanya menyekat keprihatinan anda dalam menjaga diri. Jadi GL senaraikan jalan singkat untuk anda dapatkan kulit idaman sebelum Syawal menjelma.
Cuba tip penjagaan kulit yang kami kongsikan ini
1. Cipta Spa Di Rumah

Foto: Freepik
Malas ke spa walaupun berdekatan dengan rumah? Tidak mengapa, apa yang anda perlu lakukan adalah jadikan rumah sebagai spa dengan membeli bahan-bahan seperti pupur wajah, sabun untuk mandi wap serta lulur badan. Tidak perlu memakan masa berjam-jam seperti di spa, cukup sekadar lakukannya ketika waktu mandi. Usah malu, lelaki juga perlukan rutin manjakan diri sama seperti wanita.
2. Kurangkan Pengambilan Gula Dan Garam
Kawal pengambilan gula dan garam setiap hari. Kedua-duanya boleh menyebabkan wajah anda kelihatan kusam dan pantas tampak tua.
3. Berhenti Merokok & Ambil Banyak Sayuran
Mengikut kajian jurnal perubatan Nikotin & Tembakau, perokok yang mengambil empat hidangan sayuran dalam sehari berupaya berhenti merokok setahun kemudian. Ini kerana kemahuan untuk memakan sayuran membuatkan rokok tidak lagi menarik. Kedua-dua tabiat ini menyumbang kepada kulit sihat dan tidak lagi kusam.
4. Senaman Untuk Kulit Berseri

Foto: Freepik
Adakah anda fikir duit akan habis jika pergi ke gim? Cuba fikirkan begini, sekiranya anda bersenam anda dapat mengelak daripada berbelanja lebih pada produk kecantikan kerana ia adalah cara semula jadi untuk mendapatkan kulit yang berseri.
5. Amalkan Mandi Air Sejuk
Jika anda sering mandi menggunakan air panas, cuba hentikan. Ia hanya akan membuatkan kulit lebih kering dan kusam. Mandian air sejuk sebaliknya memberikan lebih lembapan dan membuatkan tubuh terasa lebih segar.
Foto: Drobotdean/Freepik
Pautan berkaitan: PENYELESAIAN MUDAH KEPADA LIMA MASALAH KULIT LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 CARA MUDAH UNTUK HILANGKAN PERUT BUNCIT
Tidak dinafikan perut buncit boleh menjejaskan penampilan anda, namun efeknya terhadap kesihatan lebih besar. Jangan gusar kerana ada cara untuk mengatasinya.
BERJALAN DUA KILOMETER SETIAP HARI MEMBANTU ANDA RAIH 7 MANFAAT INI!
Percaya atau tidak, berjalan kaki sejauh dua kilometer setiap hari bukan saja memberi kebaikan kepada fizikal tetapi juga kesihatan mental.
5 TIP MUDAH ANDA PERLU CUBA UNTUK MENGATASI MULUT BERBAU
Selain merendahkan keyakinan dan menjejaskan imej diri, mulut berbau boleh menandakan masalah kesihatan yang bersarang dalam tubuh anda.
BENARKAH MAKAN SAMBIL BERMAIN TELEFON BOLEH MENINGKATKAN BERAT BADAN?
Hari ini ramai daripada kita memilih untuk menikmati hidangan sambil memegang telefon bimbit dan melayari laman sosial. Tindakan ini sepatutnya dielakkan!
3 BAHAN SEMULA JADI YANG MEMBANTU MENURUNKAN BERAT BADAN
Ada banyak perkara yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan berat badan. Selain berdiet dan bersenam, terdapat beberapa lagi petua mudah yang boleh anda ikuti.
8 TIP RUTIN PENJAGAAN KULIT KOREA BUAT LELAKI
Industri kecantikan Korea terkenal dengan rutin penjagaan kulit yang inovasif dan berkesan. Bukan hanya untuk wanita tetapi juga kaum Adam.