Skip to content

5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

Kongsikan artikel ini

Berpuasa di bulan Ramadan merupakan satu cabaran besar buat penghidap gastrik.

Menurut MSUMC, dinding perut berperanan untuk merembeskan asid hidroklorik dan sejenis enzim bagi proses percernaan protein dan membantu membunuh kuman. Gastrik terjadi apabila perut dalam keadaan kosong menyebabkan terhasilnya gas atau angin kerana tiada makanan untuk dicerna.

Bukan itu saja, tahap asid dalam perut juga tidak dapat dilaraskan. Ini menyebabkan ketidakstabilan asid yang kemudiannya boleh menghakis lapisan mukosa seterusnya menyebabkan kecederaan pada dinding perut.

Namun gastrik bukan hanya berpunca daripada perut kosong. Ia boleh disebabkan oleh jangkitan helicobacter pylori, bakteria hidup yang merosakkan lapisan pelindung perut. Juga pengambilan alkohol, kerap mengambil makanan pedas dan stres yang tidak dikawal sebaiknya.

GL kongsikan cara untuk menghindar daripada diserang gastrik

 

1. Elakkan Kafein

5 TIP ELAK SERANGAN GASTRIK KETIKA BERPUASA

Foto: Chevanon/Freepik

Sebolehnya elakkan mengambil kopi atau teh ketika berbuka puasa. Ini kerana kafein yang terkandung di dalamnya merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar gastrik di perut menjadi lebih aktif.

 

2. Jangan Ambil Makanan Berat

Sebaik tiba waktu berbuka, ramai yang terus mengambil makanan berat yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Jika anda terbiasa dengan pengambilan nasi campur, pastikan kuantiti nasi putih sama dengan sayur kerana karbohidrat dalam nasi akan bertukar menjadi gula dan tenaga. Jadi, sayur akan berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

 

3. Makan Secara Berperingkat

Perut juga mempunyai sensitiviti tersendiri. Anda yang mempunyai gastrik digalakkan untuk berbuka dengan makanan ringan seperti kurma, buah-buahan dan air suam. Ini kerana sakit perut yang diserang ketika berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi cara seseorang itu makan ketika berbuka. Mereka yang menghidapi gastrik perlulah makan sedikit demi sedikit secara berperingkat ketika berbuka supaya perut tidak mengalami kejutan.

 

4. Elak Makanan Berunsur Agresif Dan Tinggi Lemak

Foto: Freepik

Sebaiknya elak mengambil makanan yang mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia sebenarnya akan mengganggu kelancaran sistem pencernaan.

 

5. Jangan Makan Banyak

Jika pesakit mengadu sakit perut selepas makan, ia mungkin berpunca dari masalah ulser perut kerana lapisan mikosa yang lemah. Sebaiknya makan sayur-sayuran serta buah-buahan, dan berhentilah makan ketika sebelum kenyang.

 

Foto: Freepik

Pautan berkaitan: TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

5 MAKANAN PERLU ELAK KETIKA BERSAHUR

Bacaan Lanjut
TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN

Bacaan Lanjut
JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

JANGAN AMBIL MUDAH JANGKITAN KULAT PADA ALAT SULIT LELAKI!

Bacaan Lanjut
5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

5 AMALAN UNTUK MENGATASI MASALAH KEGEMUKAN DI KALANGAN LELAKI

Bacaan Lanjut
TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

TINGKATKAN KESIHATAN PROSTAT DENGAN LIMA MAKANAN INI

Bacaan Lanjut
5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

5 TIP UNTUK PASTIKAN PENAMPILAN RAMBUT ANDA SENTIASA BERGAYA

Bacaan Lanjut