5 TOPIK PERLU ELAK KETIKA JANJI TEMU PERTAMA
First date atau janji temu pertama dengan wanita idaman tentunya satu momen mengujakan buat seorang lelaki.
Bagaimanapun tidak dinafikan, ia boleh mencetuskan ketegangan dan rasa gelisah. Untuk memastikan pertemuan pertama berjalan lancar, ada beberapa topik perbualan yang perlu dielakkan bagi menghindar rasa tidak selesa antara kalian.
Elak berbincang tentang topik ini pada janji temu pertama dengan si dia
1. Hal Kewangan
Bercakap mengenai gaji, hutang atau isu kewangan boleh membuatkan wanita berasa tidak selesa. Jika berbual mengenai pendapatan tinggi sekali pun, ia boleh memberi gambaran bahawa anda seorang yang riak dan suka menunjuk. Sebaiknya hanya fokus pada topik santai seperti minat atau hobi.
2. Bekas Kekasih
Pada janji temu pertama, tak ada keperluan untuk anda berbual mengenai perhubungan lalu. Ia boleh memberi impak negatif, membuatkan wanita rasa tidak dihormati. Fokus perbualan pada diri sendiri dan masa depan, bukan masa lampau.
3. Isu Politik
Topik yang boleh menimbulkan perbezaan pendapat seperti politik harus dielakkan. Ia boleh mencetuskan ketegangan dan perbalahan pada janji temu pertama. Jadi pilih topik yang lebih neutral dan tiada kontroversi.
4. Perancangan Masa Depan
Membincangkan hal masa depan seperti perkahwinan atau anak-anak pada janji temu pertama boleh memberi tekanan kepada wanita. Ini kerana si dia belum mengenali anda dengan cukup baik. Sebaiknya beri ruang untuk mengenali satu sama lain dengan lebih mendalam terlebih dahulu.
5. Masalah Peribadi
Topik mengenai masalah peribadi atau kesihatan boleh membuatkan perbualan menjadi suram. Walaupun ada kalanya ia penting, perbincangan ini mungkin tidak sesuai pada pertemuan pertama. Simpanlah isu-isu peribadi ini untuk masa yang lebih sesuai, iaitu apabila hubungan kalian sudah lebih kukuh.
Foto: Freepik
Pautan berkaitan: 5 TIP KEBERSIHAN LELAKI SEBELUM FIRST DATE
Tags
Artikel Yang Berkaitan
Sorry, we couldn't find any posts. Please try a different search.