Skip to content

6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

6 IDOL LELAKI KOREA YANG KERAP BERSENAM SEBAGAI INSPIRASI

Kongsikan artikel ini

Idol lelaki Korea ini menjadi inspirasi buat lelaki moden yang percaya kekuatan sebenar datang daripada disiplin dan konsistensi bersenam.

Dalam dunia K-pop yang menuntut stamina, ketahanan mental dan karisma di atas pentas, beberapa figura lelaki menonjol bukan hanya kerana bakat dan gaya mereka. Tetapi, juga kerana dedikasi mereka terhadap kecergasan. Disebalik badan tegap dan stamina yang tidak pernah runtuh, ada rutin senaman yang dilakukan setiap hari. Keenam-enam idol ini menjadikan senaman sebagai rutin hidup, membina bukan sahaja tubuh yang tegap, tetapi juga minda yang fokus dan jiwa yang berdaya.

#1 Bang Chan (Stray Kids)

Sebagai tunjang utama Stray Kids sebagai ketua, Bang Chan dikenali dengan disiplin yang luar biasa. Jadual padat tidak pernah menjadi alasan untuk mengabaikan senaman. Antara latihan beban dan kardio, Bang Chan menyeimbangkan semuanya dengan pendekatan matang. Kekuatan fizikal yang seiring dengan kepimpinan. Aura tenang namun berkuasa menjadikan beliau simbol lelaki moden yang tidak hanya kuat di luar, tetapi juga dalam. Selain daripada Bang Chan, ahli lain seperti Changbin dan Lee Know juga konsisten dalam mencapai body goals mereka dengan rutin senaman yang tidak pernah ditinggalkan. Bang Chan juga seringkali berkongsi video dan gambar rutinnya sebagai semangat buat STAYs untuk bersenam bersama.

Image

#2 Jungkook (BTS)

Walaupun gelarannya Golden Maknae, badannya yang tegap membuatkan Jungkook tidak kelihatan seperti ahli termuda BTS. Dari rutin HIIT ke senaman berat badan, dia menggabungkan kecergasan dengan semangat yang mengagumkan. Setiap persembahannya di pentas menjadi bukti ketahanan luar biasa hasil latihan konsisten. Bagi Jungkook, kecergasan bukan sekadar rutin. Ia adalah cara hidup yang membentuk identiti dan keyakinannya, lebih-lebih lagi sebagai seorang idol profesional.

Image

#3 Minho (SHINee)

Kini sedang obses dengan sukan larian, Minho bukan sahaja berlari berseorangan, malah menarik rakan idol dan juniornya untuk lari bersama. Salah satu momen tular Minho bersama artis-artis dibawah syarikat yang sama, SM Entertainment adalah apabila mereka semua lari dari berjumpa dengan Minho atas sebab tidak mahu bersenam bersamanya. Dengan pesona atletik yang telah lama menjadi tanda dirinya, Minho adalah definisi gentleman athlete. Cintanya terhadap sukan seperti bola sepak dan renang telah membentuk disiplin yang mencerminkan ketahanan mental dan fizikal. Di sebalik pesona karismatiknya, Minho adalah simbol keseimbangan antara gaya, kesihatan dan prestasi.

Image

#4 Mingyu (SEVENTEEN)

SEVENTEEN merupakan salah satu kumpulan K-Pop yang terkenal dengan ahli yang aktif bersenam. Salah seorang ahli, Mingyu menampilkan persona yang menawan, tinggi, tegap dan berkeyakinan. Di sebalik senyumannya yang menenangkan, tersimpan komitmen yang tinggi terhadap kecergasan. Dengan rutin kekuatan dan diet yang teratur, aura maskulin Mingyu sering menjadi inspirasi kepada peminat lelaki muda yang mahu tampil kemas, sihat dan bertenaga. Selain daripada Mingyu, S.Coups, Wonwoo, Hoshi dan DK turut aktif dari segi senaman seperti ke gym dan bersukan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by 김민규 (@min9yu_k)

#5 San (ATEEZ)

San adalah lambang tenaga dan intensiti. Persembahannya yang bertenaga datang daripada asas kecergasan yang kukuh. Gabungan latihan fleksibiliti, kekuatan dan tarian menjadikan stamina San hampir tiada tandingan. Bagi San, setiap peluh adalah bukti dedikasi, satu falsafah yang menjadikan dirinya antara performer paling berkarisma di generasinya. Yeosang, salah seorang ahli ATEEZ juga sangat aktif ke gym untuk bersenam. Sebagai salah satu kumpulan yang sering memberi persembahan maksima di atas pentas, ATEEZ semestinya tidak ketinggalan dengan rutin senaman mereka.

Image

#6 Wonho

Nama Wonho sinonim dengan disiplin dan transformasi diri. Dari perjalanan kecergasannya hingga ke komitmen terhadap weight training, Wonho membina bukan sekadar tubuh, tetapi juga minda yang berdaya saing. Dia menjadi lambang lelaki moden yang memahami bahawa kecantikan sebenar terletak pada kekuatan dan ketekunan. Badannya yang sihat dan tegap itu datang dari semangat dan ketekunannya ketika bersenam. Wonho juga seringkali berkongsi video rutin dan senamannya di akaun YouTube peribadinya.

Pautan berkaitan: NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI

ROMAN EMPIRE, LAGU BANG CHAN BUAT FENDI

Bacaan Lanjut
LELAKI ASIA PARIS FASHION WEEK SS26

BARISAN SELEBRITI LELAKI ASIA DI PARIS FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26

DOMINASI SELEBRITI LELAKI ASIA DI MILAN FASHION WEEK SS26

Bacaan Lanjut
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

RM, V, JIMIN & JUNGKOOK BTS KEMBALI DARI PERKHIDMATAN TENTERA

Bacaan Lanjut
8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

8 WANGIAN LELAKI UNTUK TARIK PERHATIAN WANITA

Bacaan Lanjut